Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI O4 Air Unit Series

DJI Lancarkan O4 Siri Air Unit, Dron Perlumbaan Tawar Pengalaman FPV 4K

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh ariff bukhari

DJI memperkenalkan DJI O4 Siri Air Unit, penyelesaian penghantaran video digital dengan jarak jauh, latensi ultra rendah, dan video 4K/60fps yang jelas.

Unit ini seringan 8.2g dengan sensor imej 1/2 inci, juga tersedia dalam versi Pro yang dilengkapi sensor 1/1.3 inci untuk rakaman 4K/120fps, mod warna 10-bit D-Log M, dan sudut pandang ultra lebar 155°.

DJI O4 Air Unit
DJI O4 Air Unit
DJI O4 Air Unit Pro
DJI O4 Air Unit Pro

Direka untuk peminat FPV dan pencipta kandungan, DJI O4 Air Unit menawarkan transmisi maksimum 15km (model DJI O4 Air Unit Pro) dengan latensi serendah 15ms, serta mod perlumbaan yang menyokong sehingga 8 dron serentak.

DJI O4 Air Unit memberikan pengalaman penerbangan imersif sambil memenuhi keperluan rakaman video berkualiti tinggi.

Dron ini tersedia untuk dipesan dari store.dji.com dan rakan kongsi runcit yang sah, dengan penghantaran bermula hari ini, dalam model berikut:

  • DJI O4 Air Unit Pro termasuklah modul kamera, modul penghantaran, kabel 3-dalam-1 dan dua antena. Ia dijual pada harga $229 (~RM1,029),
  • Unit Udara DJI O4 termasuk modul kamera, modul penghantaran, kabel 3-dalam-1 dan antena. Ia dijual pada harga $109 (~RM490)

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.dji.com/global/o4-air-unit

Berkaitan

  • DJI Lancarkan Goggle N3 Baharu Pada Harga Lebih Mampu Milik
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Siri DJI Matrice 4 Dilancar, Dron 'Flagship' Dengan Harga Bermula ~RM21,600

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY