Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyKad Kad Pengenalan_imagebywisermy (1)

MyKad Generasi Baharu Bakal Dilancar 16 September – Mula Dikeluarkan 17 September

Diterbitkan September 15, 2026 · Dikemas kini September 15, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan MyKad Generasi Baharu pada 16 September 2026, iaitu sehari sebelum permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan versi baharu itu mula dibuka kepada orang ramai.

Menurut JPN, penggantian MyKad Generasi Baharu itu akan dilaksanakan secara berfasa, dengan permohonan bagi fasa pertama dibuka di 40 pejabat JPN seluruh negara mulai 17 September 2026.

Esok, 16 September 2026, bersempena Hari Malaysia, satu lagi detik penting dalam evolusi dokumen pengenalan diri negara akan diperlihatkan.

Tepat jam 10.00 pagi, buat pertama kalinya, wajah rasmi MyKad Generasi Baharu akan didedahkan kepada rakyat Malaysia. pic.twitter.com/MnZW264fQe

— Jabatan Pendaftaran Negara 🇲🇾 (@jpnhqofficial) September 15, 2026

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata MyKad sedia ada masih sah digunakan untuk urusan harian.

Seperti dilaporkan Bernama, beliau menjelaskan penggantian kepada MyKad baharu juga tidak menjejaskan transaksi baki atau kelayakan subsidi rakyat yang dipautkan kepada dokumen pengenalan berkenaan.

“Sekarang ini, jumlah MyKad yang telah dikeluarkan adalah 24 juta, purata pengeluaran MyKad sekarang sebulan ialah 180,000 ke 200,000,” katanya.

MyKad Generasi Baharu atau MyKad Generasi ke-7 itu akan dilengkapi 53 ciri keselamatan, berbanding 23 ciri pada versi sebelumnya. Ia juga tidak lagi akan dilengkapi elemen Touch ’n Go.

Dengan pelaksanaan MyKad Generasi Baharu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berpusu-pusu menggantikan MyKad secara serentak bagi mengelakkan kesesakan di pejabat JPN.

MyKad Generasi ke-7_02
Foto: Jabatan Pendaftaran Negara

JPN juga menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menukar MyKad semata-mata bagi mendapatkan versi baharu, dan urusan yang benar-benar memerlukan penggantian perlu diutamakan agar perkhidmatan kepada rakyat tidak terganggu.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan - Hologram, Kod QR, 'Guilloche'
  • JPN Perjelas Isu Tular Kemas Kini Alamat MyKad
  • TNB Beri Penjelasan Mengenai AFA Dalam Bil Elektrik, Bukan Caj Tambahan Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY