Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDigital ID_imagewisermy_01

MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga

Diterbitkan Oktober 13, 2026 · Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh Amalina Athman

My Digital ID Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa platform identiti digital nasional Malaysia beroperasi menggunakan teknologi blok rantai atau blockchain pihak ketiga.

Memetik laporan Bernama, syarikat itu dalam kenyataannya hari ini menegaskan platform MyDigital ID tidak dikuasakan oleh mana-mana teknologi blockchain pihak ketiga, bertentangan dengan laporan yang diterbitkan baru-baru ini.

“My Digital ID Sdn Bhd ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan pengawasan Majlis Keselamatan Negara serta pemantauan Agensi Keselamatan Siber Negara,” menurut kenyataan itu.

Syarikat itu memaklumkan MyDigital ID telah mendaftarkan 83% daripada populasi aktif secara digital di Malaysia, melibatkan lebih 14 juta rakyat yang boleh mengakses lebih 1,000 perkhidmatan merentas 204 aplikasi.

MyDigital ID merupakan platform identiti digital yang direka untuk memperkukuh dan mempermudah pengesahan identiti dalam talian. Ia berfungsi sebagai sistem log masuk tunggal, membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan digital tanpa perlu menggunakan kaedah log masuk berasingan bagi setiap perkhidmatan yang menyokongnya.

MyDigital ID juga tidak menyimpan data peribadi pengguna dan tidak menggantikan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri. Pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • MyDigital ID Tambah Pengesahan Biometrik Wajah Untuk Pendaftaran Di Kiosk
  • Portal Rakyat Digital Versi Baharu Dilancarkan - Jadi Hab Pembelajaran Digital, Termasuk Akses AI Percuma Untuk 100,000 Belia
  • Kerajaan Tawar Akses Coursera Percuma 3 Bulan Kepada 100,000 Rakyat Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY