Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDigital ID_imagewisermy_01

MyDigital ID Tambah Pengesahan Biometrik Wajah Untuk Pendaftaran Di Kiosk

Diterbitkan Jun 12, 2026 ยท Dikemas kini Jun 12, 2026 oleh Amalina Athman

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan beberapa penambahbaikan keselamatan pada platform MyDigital ID sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh perlindungan identiti digital rakyat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, langkah itu dilaksanakan susulan peningkatan penggunaan perkhidmatan digital dalam kalangan rakyat, perniagaan dan agensi kerajaan. MKN berkata ancaman seperti penipuan dalam talian, penyamaran identiti, kecurian data dan eksploitasi siber menuntut langkah keselamatan yang lebih proaktif.

Antara perubahan yang diperkenalkan ialah penambahan lapisan keselamatan baharu bagi pendaftaran MyDigital ID di kiosk. Melaluinya, pengguna perlu menjalani semakan biometrik wajah secara masa nyata (real-time) yang akan dipadankan dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika proses pendaftaran dilakukan.

MKN berkata langkah berkenaan bertujuan meningkatkan ketepatan pengesahan identiti, sekali gus mengurangkan risiko penyalahgunaan identiti serta akses tanpa kebenaran. Pengguna sedia ada juga akan dimaklumkan mengenai keperluan pengesahan semula biometrik wajah secara berkala bagi memastikan integriti dan keselamatan identiti digital terus terpelihara.

Bagi melaksanakan kemas kini tersebut, kerja penyelenggaraan kiosk MyDigital ID dijadualkan berlangsung bermula 12 Jun 2026 jam 6.00 pagi sehingga 14 Jun 2026 jam 6.00 pagi. Penambahbaikan ini akan dilaksanakan secara berperingkat sebelum diperluaskan ke semua kiosk MyDigital ID.

Sepanjang tempoh penyelenggaraan kiosk, pengguna masih boleh mendaftar MyDigital ID menggunakan telefon pintar dengan memuat turun aplikasi MyDigital ID melalui App Store, Google Play atau Huawei AppGallery dan mengikuti proses pendaftaran yang disediakan.

MKN turut memaklumkan bahawa penambahbaikan ini hanyalah permulaan kepada usaha yang lebih menyeluruh untuk memperkukuh keselamatan ekosistem identiti digital negara.

Agensi itu akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan bagi menyelaras langkah keselamatan merentasi platform identiti dan pengesahan identiti, termasuk MyKad, bagi memastikan identiti digital rakyat sentiasa dilindungi.

Berkaitan

  • Pelaksanaan Penuh Log Masuk Tunggal MyJPJ Guna MyDigital ID Berkuat Kuasa 1 Mei
  • YTL AI Labs Integrasi MyDigital ID Untuk ILMUchat, Sedia Akses AI Lebih Selamat
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pengguna Kini Boleh Semak Harga Minyak Secara Terus Melalui Aplikasi MyGOV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY