Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2026-10-08 17.51.18

Kerajaan Tawar Akses Coursera Percuma 3 Bulan Kepada 100,000 Rakyat Malaysia

Diterbitkan Oktober 8, 2026 oleh Amsyar Latif

Kementerian Digital menerusi MyDIGITAL Corporation menawarkan akses percuma kepada platform pembelajaran Coursera selama tiga bulan untuk sehingga 100,000 rakyat Malaysia melalui inisiatif Rakyat Digital.

Program yang dikenali sebagai Pas Pembelajaran Global Rakyat Digital ini membolehkan rakyat Malaysia yang mempunyai MyDigital ID mengakses lebih 16,000 kursus, projek berpandu (Guided Projects) serta program Sijil Profesional daripada universiti dan pakar industri seluruh dunia.

Antara bidang pembelajaran yang ditawarkan termasuk kecerdasan buatan (AI), teknologi, sains data, perniagaan dan literasi digital.

Menurut Kementerian Digital, sebanyak 100,000 lesen Coursera mula ditawarkan secara berperingkat sejak 16 September 2026, tertakluk kepada syarat kelayakan dan ketersediaan.

Dalam tempoh tiga minggu pertama, seramai 12,900 peserta telah mendaftar untuk mengikuti sekitar 43,000 kursus, dengan penyertaan tertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

Antara kursus paling popular ialah Google AI Fundamentals, Foundations: Data, Data, Everywhere serta Foundations of Project Management.

Inisiatif ini menyokong usaha Malaysia menjadi Negara AI menjelang 2030, selain membantu rakyat meningkatkan kemahiran digital yang relevan dengan perkembangan pasaran pekerjaan.

Berdasarkan Laporan Masa Depan Pekerjaan 2025 oleh Forum Ekonomi Dunia, sebanyak 41% kemahiran teras di Malaysia dijangka berubah menjelang 2030.

Rakyat Malaysia yang berminat boleh mendaftar melalui portal rasmi Rakyat Digital untuk mendapatkan akses Coursera selama tiga bulan.

Penyertaan adalah tertakluk kepada syarat kelayakan serta ketersediaan lesen yang ditawarkan.

Berkaitan

  • Kementerian Komunikasi Teliti Semula Jumlah Pengguna Untuk Lesen Platform Media Sosial
  • AI Untuk Rakyat: Belia 18-30 Tahun Boleh Tebus ILMUchat Pro Percuma 3 Bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY