Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan penggunaan MyDigital ID sebagai platform log masuk tunggal bagi warganegara Malaysia yang menggunakan aplikasi MyNIISE, berkuat kuasa 15 Januari 2026.
Bagi pengguna warganegara asing, kaedah log masuk sedia ada ke aplikasi MyNIISE akan terus digunakan tanpa sebarang perubahan.
Menurut KDN, penggunaan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk tunggal merupakan sebahagian daripada inisiatif pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISE) dan berfungsi untuk mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan selamat melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa menyimpan data peribadi pengguna.

Buat pengetahuan, aplikasi MyNIISE telah mula digunakan sejak 22 September 2025 untuk memasuki pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor dan akan diperluaskan secara berperingkat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA Terminal 1 dan Terminal 2, Bayan Lepas, Kuching dan Kota Kinabalu.
Lanjutan itu, warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas disarankan untuk memuat turun dan mendaftarkan diri ke aplikasi MyDigital ID yang boleh didapati melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery, sebelum menggunakan MyNIISE.
{suggest}
