Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sistem MyNIISE_2

Percubaan Sistem Imigresen NIISe Mulai 22 September – Bakal Gantikan Sistem Kod QR

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) secara percubaan (trial run) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor bermula 22 September 2025 hingga 28 Februari 2026.

Dalam tempoh masa tersebut, percubaan sistem ini juga akan dilaksanakan secara berperingkat di lima Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) utama iaitu KLIA Terminal 1 dan Terminal 2, Bayan Lepas, Kuching dan Kota Kinabalu.

Percubaan Sistem Imigresen NIISe Mulai 22 September – Bakal Gantikan Sistem Kod QR

Sepanjang tempoh percubaan NIISE, sistem Kod QR dan aplikasi MyBorderPass sedia ada masih diteruskan untuk proses kemasukan dan perlepasan imigresen. Walau bagaimanapun, orang ramai termasuk pelawat asing digalakkan memuat turun aplikasi MyNIISe untuk kemudahan di laluan yang telah diaktifkan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/09/17180258/AQPmy1iRBMEEANNtZm_kSwH_kVfDX-fhYRLyyGT2dm9J-XLKdmjWmBEQLResS2AUHC5kdw5mcPnUXRDjyvNdLN9u.mp4

Selain itu, dokumen perjalanan atau pasport yang sah masih diperlukan untuk proses kemasukan dan perlepasan imigresen mengikut ketetapan Akta imigresen 1959/63.

Pada akhir tempoh percubaan, sistem NIISe akan menggantikan sistem Kod QR sedia ada bagi meningkatkan dan menaik taraf kecekapan sistem semakan keselamatan automatik di pintu masuk negara.

Aplikasi MyNIISe boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Berkaitan

  • Pengembara Warganegara Malaysia Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass
  • e-Hailing Rentas Sempadan, MOT Sedia Bincang Dengan Singapura
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY