Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Naikkan Harga Konsol Xbox Bermula 1 Ogos

Microsoft Naikkan Harga Konsol Xbox Bermula 1 Ogos

Diterbitkan Jun 26, 2026 oleh Amalina Athman

Hanya beberapa jam selepas Apple mengemas kini harga iPad dan Mac, Microsoft turut mengumumkan kenaikan harga konsol Xbox di seluruh dunia yang akan berkuat kuasa bermula 1 Ogos 2026.

Pelarasan itu menyaksikan model 512GB meningkat sebanyak $100 (~RM410), manakala model 1TB pula naik $150 (~RM615). Ini bermakna Xbox Series S akan dijual pada harga bermula $499.99 (~RM2,051).

Xbox Series X tanpa pemacu cakera pula meningkat kepada $749.99 (~RM3,077), manakala Xbox Series X dengan pemacu cakera bermula $799.99 (~RM3,282). Dalam masa sama, syarikat itu turut mengesahkan model Xbox Series X 2TB akan dihentikan.

Menurut Microsoft, keputusan tersebut dibuat susulan peningkatan mendadak kos komponen, khususnya storan dan memori. Syarikat itu memaklumkan harga kedua-dua komponen berkenaan telah meningkat lebih daripada 2.5 kali ganda dan dijangka meningkat dua kali ganda lagi menjelang musim luruh 2027.

Microsoft berkata pihaknya sebelum ini telah cuba mengelakkan kenaikan harga dengan bekerjasama bersama pembekal sejak beberapa bulan lalu.

Namun, syarikat itu menjelaskan industri elektronik pengguna secara keseluruhannya sedang berdepan krisis komponen, dengan pasaran konsol menerima kesan yang lebih besar kerana kebanyakan konsol dijual pada harga yang lebih rendah daripada kos pembuatannya, tidak seperti telefon pintar, komputer atau peranti elektronik pengguna lain.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • PC Game Pass Turun Harga, Kini Kembali Ke RM20 Sebulan
  • ASUS Umum ROG XBOX Ally X20 Bundle – Skrin OLED 7.4 Inci, Rekaan Lut Sinar, Cermin Mata AR
  • Xbox Edisi Terhad 25 Tahun Diperkenal Dengan Rekaan Lut Cahaya 'OG Green'
  • Seumpama 'Steam Deck Verified', Microsoft Dilihat Mula Perkenal Logo Xbox Handheld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY