Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
XBOX Series X25 Limited Edition

Xbox Edisi Terhad 25 Tahun Diperkenal Dengan Rekaan Lut Cahaya ‘OG Green’

Diterbitkan Jun 8, 2026 · Dikemas kini Jun 8, 2026 oleh Amalina Athman

Microsoft kini memperkenalkan Xbox Series X edisi khas sempena ulang tahun ke-25 jenama konsol tersebut.

XBOX Series X25 Limited Edition tampil dengan kemasan hijau lut cahaya (translucent), diinspirasikan daripada warna hijau ikonik yang sinonim dengan generasi pertama Xbox.

XBOX Series X25 Limited Edition_2

Konsol ini masih mengekalkan spesifikasi utama Xbox Series X, termasuk storan 1TB.

Selain itu, Microsoft turut menambah beberapa elemen khas bertemakan ulang tahun ke-25. Antaranya termasuk logo “X” yang akan menyala dalam warna hijau apabila konsol dihidupkan serta logo ulang tahun ke-25 pada bahagian hadapan peranti.

Xbox Edisi Terhad 25 Tahun Diperkenal Dengan Rekaan Lut Cahaya ‘OG Green’

Pada masa sama, Microsoft turut memperkenalkan XBOX Wireless Controller X25 Special Edition yang menggunakan kemasan lut cahaya OG Green.

Alat kawalan ini menampilkan beberapa elemen nostalgia seperti warna asal butang ABXY dan rekaan yang diinspirasikan daripada alat kawalan XBOX pertama “Duke”. Bahagian belakang serta penutup bateri juga direka sepenuhnya lut sinar (transparent) bagi memperlihatkan logo klasik XBOX di dalamnya.

Xbox Edisi Terhad 25 Tahun Diperkenal Dengan Rekaan Lut Cahaya ‘OG Green’

Xbox Series X 25 Limited Edition bersama alat kawalan khas ini akan ditawarkan sebagai koleksi edisi terhad di pasaran terpilih bermula November 2026. XBOX Wireless Controller X25 Special Edition juga akan dijual secara berasingan.

Namun begitu, Microsoft setakat ini masih belum mengumumkan tarikh pelancaran serta harga rasmi untuk pasaran global.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Xbox Mode Untuk Windows 11 Kini Tersedia, Bawa Pengalaman Konsol Ke PC
  • Xbox Hentikan Copilot AI, Fokus Semula Kepada Permainan
  • Dune: Awakening Tiba Di PS5 Dan Xbox September Ini – Sedia Ditawarkan Melalui Xbox Game Pass

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY