Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PC Game Pass Turun Harga, Kini Kembali Ke RM20 Sebulan

PC Game Pass Turun Harga, Kini Kembali Ke RM20 Sebulan

Diterbitkan April 22, 2026 · Dikemas kini April 22, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas CEO Xbox, Asha Sharma, mengakui minggu lalu bahawa harga langganan Game Pass semakin mahal untuk pemain, Microsoft kini mengumumkan penurunan harga bagi Xbox Game Pass Ultimate dan PC Game Pass.

Untuk pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi. Harga terbaharu kini kembali kepada RM20 sebulan, selepas dinaikkan kepada RM25 pada tahun lalu.

Jika dilihat semula, harga langganan ini sebenarnya telah melalui beberapa pelarasan. Sebelum September 2024, PC Game Pass ditawarkan pada harga RM15 sebulan dan kemudian dinaikkan kepada RM20. Pada tahun lalu, ia sekali lagi meningkat kepada RM25 sebelum kini diturunkan semula ke RM20.

PC Games Pass 2026 price malaysia_
harga terbaru

Dalam perkembangan sama, Microsoft memaklumkan bermula tahun ini, permainan Call of Duty akan datang tidak lagi dimasukkan ke dalam Game Pass Ultimate atau PC Game Pass pada hari pelancaran. Sebaliknya, permainan Call of Duty baharu akan ditambah ke dalam Game Pass Ultimate dan PC Game Pass sekitar musim cuti pada tahun berikutnya (kira-kira setahun kemudian).

Namun begitu, permainan Call of Duty sedia ada dalam katalog akan terus tersedia.

Berkaitan

  • Pelan Baharu Xbox Game Pass Diumumkan – Essential, Premium Dan Ultimate
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Windows 11 Bakal Terima Xbox Mode April Ini, Bawa 'UI Gaming' Gaya Konsol

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY