Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo LOQ

Microsoft Mahu Pelekat AI Pada PC, Tukar Kekunci ‘Ctrl’

Diterbitkan Mac 28, 2024 ยท Dikemas kini Mac 28, 2024 oleh ariff bukhari

Adalah tidak asing kepada pengguna PC sejak dulu lagi melihat pelekat Intel atau AMD yang dilekatkan pada komputer Windows yang memaparkan jenis cip pemprosesan yang digunakan pada sesebuah komputer tersebut.

Tapi kini, Microsoft pula mahu pelekat AI dilekatkan pada PC untuk menyatakan bahawa komputer itu dilengkapi ciri kecerdasan buatan (AI).

Menurut pembentangan dari Intel pada Selasa lalu, semua vendor akan memerlukan tiga komponen khusus jika mereka ingin mengiklankan komputer baru mereka sebagai “PC AI”.

Microsoft Mahu Pelekat AI Pada PC, Tukar Kekunci ‘Ctrl’

Satu adalah dilengkapi, “NPU, CPU, dan GPU berkuasa silikon” kerana itu mungkin termasuk GPU bersepadu seperti sistem Xe Intel, NPU (unit pemprosesan saraf).

NPU adalah pemproses yang berbeza (tidak semestinya berasingan) yang direka untuk tugas tertentu, sama seperti GPU untuk visual, tetapi ia adalah untuk “AI.” Istilah lain untuk NPU ialah “Pemecut AI.”

Microsoft juga mahu PC AI termasuk pembantu Copilot nya yang dibina ke dalam Windows 11 dan juga terdapat butang Copilot khusus pada papan kekunci, menggantikan kekunci Windows atau Ctrl di sebelah kanan.

Microsoft Mahu Pelekat AI Pada PC, Tukar Kekunci ‘Ctrl’

Mungkin dengan cara ini adalah usaha untuk Microsoft mendefinasikan sesebuah komputer yang berada di pasaran itu dilengkapi dengan teknologi AI.

Sekaligus memudahkan penggguna membezakan sesebuah komputer tersebut.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
©2026 WISER.MY