Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022

MCMC Teliti Laporan Anthropic, Nafi Terlibat Dalam Aktiviti Manipulasi Pilihan Raya

Diterbitkan September 11, 2026 ยท Dikemas kini September 11, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang meneliti laporan terbaharu Anthropic yang mendedahkan kewujudan satu operasi manipulasi pilihan raya yang dikatakan menyasarkan pengguna dan pengundi di Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MCMC berkata pihaknya mengambil maklum mengenai laporan berkenaan dan memandang serius perkara yang dibangkitkan.

Bagaimanapun, MCMC menjelaskan perkara yang dinyatakan dalam laporan tersebut bukan sebahagian daripada fungsi atau mandatnya. MCMC turut menegaskan pihaknya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan seperti yang digambarkan dalam laporan Anthropic.

MCMC kini sedang mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak-pihak berkaitan untuk memastikan fakta sebenar dan memahami konteks isu yang dibangkitkan. Berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh, MCMC akan menentukan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut bidang kuasanya, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan.

KENYATAAN MEDIA OLEH SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA pic.twitter.com/knJRFSfubf

— MCMC (@MCMC_RASMI) September 11, 2026

Terdahulu, Anthropic dalam laporan berkenaan mendakwa pihaknya mengenal pasti dan menutup satu akaun yang menggunakan Claude untuk menjalankan platform manipulasi pilihan raya secara komersial.

Menurut Anthropic, operasi tersebut melibatkan kira-kira 1,000 akaun palsu di X, sebuah laman berita palsu serta dokumen risikan yang direka.

Rangkaian itu juga didakwa menggunakan data bancian, data pilihan raya dan jutaan rekod pengundi untuk membina profil pengundi mengikut kawasan, merangkumi kesemua 222 kawasan Parlimen Malaysia.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Claude Fable 5.1 Dilancarkan, Kos Penggunaan Turun Sehingga 45% Untuk Tugasan Berasaskan Ejen AI
  • Anthropic Dedah Rangkaian 1,000 Akaun Palsu Digunakan Untuk Sasarkan Pengundi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY