Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC__new 2023

MCMC Akan Jalankan Siasatan Awam Berhubung Pelesenan Media Sosial

Diterbitkan Ogos 28, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan Siasatan Awam mengenai langkah pelesenan yang dirancang bagi media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet.

Dalam satu kenyataan, MCMC menjelaskan siasatan itu dijalankan bagi memastikan rangka kerja akhir adalah adil, berkesan, dan mencerminkan keperluan industri dan orang ramai.

Penglibatan yang berterusan juga penting dalam membangunkan kerangka kawal selia yang menangani keperluan dan kebimbangan semua pihak.

Keperluan pelesenan untuk media sosial dan penyedia perkhidmatan pemesejan internet dengan sekurang-kurangnya 8 juta pengguna berdaftar diperkenalkan sebagai langkah penting ke arah persekitaran dalam talian yang lebih selamat, termasuk menangani perjudian dalam talian, penipuan dan pornografi.

Kerangka kawal selia telah direka untuk memastikan ekosistem dalam talian kekal terbuka, selamat dan boleh dipercayai untuk semua pengguna sambil menggalakkan inovasi dan pelaburan

Sebagai tambahan, MCMC berkata tempoh penangguhan selama lima bulan telah diberikan kepada semua platform untuk mematuhi keperluan pelesenan itu. Dalam tempoh tersebut, pihaknya akan terlibat secara aktif dengan penyedia perkhidmatan bagi memudahkan peralihan ke kerangka kawal selia baharu itu menjelang 1 Januari 2025.

Berkaitan

  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial
  • Pasukan Petugas Khas Akan Ditubuhkan Bincang Kawal Selia Platform Media Sosial - Fahmi
  • Proses Permohonan Lesen Media Sosial Tidak Sukar - Fahmi

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY