Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_menteri komunikasi

Pasukan Petugas Khas Akan Ditubuhkan Bincang Kawal Selia Platform Media Sosial – Fahmi

Diterbitkan Ogos 19, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 19, 2024 oleh Amalina Athman

Pasukan petugas khas akan dibentuk minggu ini bagi membincangkan berkenaan aspek pengawalseliaan dan penguatkuasaan platform media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Penubuhan pasukan itu melibatkan kerjasama antara Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata komitmen berkenaan dinyatakan selepas siri perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Polis memerlukan bantuan teknikal MCMC untuk pemeliharaan data dan pemprofilan, jadi insya-Allah dalam beberapa hari ke depan kita akan bentuk pasukan petugas khas untuk benar-benar memahami apa masalah yang dihadapi oleh DPP (Timbalan Pendakwa Raya).

Tambahnya, penekanan ke atas aspek pendakwaan dan siasatan terperinci perlu dibuat agar tidak berlaku keadaan ada mana-mana pihak yang terlibat dengan buli siber menerima hukuman yang tidak setimpal.

Dalam pada itu, Fahmi berkata kementerian khususnya MCMC sedang berusaha untuk memastikan proses pelesenan platform media sosial berjalan lancar dan dapat dilaksanakan menjelang Januari tahun depan.

Berkaitan

  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY