Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Communications Construction ECRL_majlis lantikan Maxis

Maxis Dilantik Penyedia Infrastruktur Rangkaian 4G, 5G Sepanjang Jajaran ECRL

Diterbitkan Februari 11, 2026 · Dikemas kini Februari 12, 2026 oleh Amalina Athman

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) melantik Maxis sebagai penyedia infrastruktur rangkaian mudah alih 4G dan 5G di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pendekatan itu bukan sahaja mengoptimumkan penggunaan infrastruktur, tetapi juga membolehkan penyedia perkhidmatan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengalaman pengguna serta kualiti perkhidmatan.

lantikan maxis penyedia infrastruktur rangkaian mudah alih jajaran ecrl
Foto: China Communications Construction ECRL

Beliau berkata Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan pendekatan kolaboratif yang melibatkan lima pengendali rangkaian mudah alih utama negara berdasarkan prinsip perkongsian infrastruktur.

Tambahnya lagi, pihak kementerian juga akan memperkenalkan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) yang akan dikongsikan bersama penyedia perkhidmatan lain seperti CelcomDigi, Telekom Malaysia (TM) dan YTL.

“Dengan siapnya infrastruktur rangkaian ini kelak, Maxis, CelcomDigi, U Mobile, YTL dan TM akan dapat menyediakan perkhidmatan 4G dan 5G kepada penumpang ECRL dengan tahap kualiti liputan yang mematuhi Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS),” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Maxis berkata pihaknya telah memeterai perjanjian dengan U Mobile untuk membangunkan infrastruktur mudah alih baharu di sepanjang jajaran itu.

Berkaitan

  • Logo, Reka Bentuk Tren EMU ECRL Dilancarkan
  • Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia
  • Set Pertama Tren ECRL Dari China Tiba Di Kuantan
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Maxis Perkenal 'Maxis Family Plan' Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY