Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ECRL design logo

Logo, Reka Bentuk Tren EMU ECRL Dilancarkan

Diterbitkan Disember 18, 2024 ยท Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh Amalina Athman

Logo dan reka bentuk tren Electric Multiple Unit (EMU) bagi peroperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilancarkan hari ini dengan pemilihan gabungan warna putih dan biru.

ECRL design logo_2
ECRL design logo_

Melalui video yang dimuat naik hari ini, rekaan tren EMU ECRL menampilkan corak batik bersama wau bulan. Ia turut memperlihatkan kabin bagi kelas ekonomi dan bisnes, dengan tempat duduk masing-masing berwarna biru dan merah.

ECRL design logo_8
ECRL design logo_5
ECRL design logo_6
ECRL design logo_7
ECRL design logo_3
ECRL design logo_4

Selain itu, terdapat juga tandas, ruang solat, kaunter makan, koridor, rak bagasi dan sebagainya. Tren EMU juga mempunyai tempat duduk bagi penumpang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda atau penumpang yang memerlukan pertolongan khas.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran ECRL.

Menurutnya, dengan adanya rangkaian berkenaan, ia dapat meningkatkan tahap komunikasi dan isyarat yang lebih pantas berbanding teknologi sebelum ini.

…reka bentuk tren EMU jenis enam gerabak dengan kapasiti membawa seramai 430 penumpang pada satu-satu masa yang akan diguna pakai untuk pengoperasian ECRL kelak. Saya difahamkan bahawa sebanyak 11 set tren EMU enam gerabak telah diperuntukkan…dengan set pertama dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir 2025.

ECRL dijangka memulakan operasi komersial pada Januari 2027, dengan tren EMU berkenaan akan bergerak pada kelajuan maksimum 160 km/j dan mengambil masa empat jam untuk perjalanan dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak.

Berkaitan

  • Tiga Tahun Lagi, Warga Pantai Timur Boleh Balik Raya Guna ECRL
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Projek ECRL Ke Kelantan Hampir Siap, Singkatkan Perjalanan Dari Gombak Ke KB Kepada 4 Jam

Sumber: Laluan Rel Pantai Timur, BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
©2026 WISER.MY