Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Set Pertama Tren ECRL Dari China Tiba Di Kuantan

Set Pertama Tren ECRL Dari China Tiba Di Kuantan

Diterbitkan Januari 5, 2026 · Dikemas kini Januari 5, 2026 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada perkongsian beberapa foto dari Kuantan Developement News, tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini telah tiba di Kuantan.

Menurut The Star, ketibaan set elektrik berwarna biru-putih jenis EMU ini tiba di Kuantan Port City hujung 2025 sebelum dipindahkan ke stesen Gebeng.

Reka bentuk tren menampilkan motif tradisional batik dan wau, dengan enam gerabak yang mampu membawa sehingga 430 penumpang setiap perjalanan.

Kemudahan lain turut disediakan, termasuk ruang khas untuk kerusi roda

Set Pertama Tren ECRL Dari China Tiba Di Kuantan
Set Pertama Tren ECRL Dari China Tiba Di Kuantan
Set Pertama Tren ECRL Dari China Tiba Di Kuantan
Set Pertama Tren ECRL Dari China Tiba Di Kuantan

Kumpulan pertama tren ECRL ini dihantar oleh pengeluarnya, CRRC Dalian Locomotive & Rolling Stock Co., Ltd (CRRC Dalian), sebuah anak syarikat milik penuh CRRC Corp.

Fasa pertama projek menghubungkan Kota Baru ke Gombak ini dijadualkan siap pada Disember 2026, dengan operasi penumpang bermula Januari 2027. Fasa kedua pula akan melanjutkan laluan ke Port Klang menjelang Disember 2027.

Apabila beroperasi, ECRL mampu mencapai kelajuan sehingga 160 km/j, sekali gus memendekkan masa perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang serta merangsang pertumbuhan ekonomi di koridor timur-barat.

Berkaitan

  • Logo, Reka Bentuk Tren EMU ECRL Dilancarkan
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia, Terbina Ruang GPS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY