Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Perkenal ‘Maxis Family Plan’ Baharu

Maxis Perkenal ‘Maxis Family Plan’ Baharu

Diterbitkan Januari 30, 2026 · Dikemas kini Januari 30, 2026 oleh Amalina Athman

Maxis kini memperkenalkan Maxis Family Plan baharu yang menawarkan kelajuan internet rumah lebih pantas, bersama data mudah alih tanpa had untuk seisi keluarga.

Maxis Family Plan ditawarkan dalam dua pilihan. Pelan RM299 didatangkan dengan sambungan fiber rumah berkelajuan 500Mbps serta tiga talian mudah alih 4G/5G tanpa had.

Sementara itu, pelan RM399 pula menawarkan kelajuan fiber 1Gbps, bersama empat talian mudah alih 4G/5G tanpa had.

Kedua-dua pelan ini turut disertakan dengan 6 bulan langganan percuma sooka Premium.

Bagi pelanggan pelan RM299, kelajuan internet rumah boleh dinaik taraf kepada 1Gbps pada kadar tambahan RM90/bulan, atau 2Gbps pada RM160/bulan. Pelanggan pelan RM399 pula boleh menaik taraf kepada 2Gbps dengan bayaran tambahan RM70/bulan.

Maxis Family Plan 299 2026
Maxis Family Plan 399 2026

Talian mudah alih tambahan juga boleh ditambah pada kadar RM48 bagi setiap talian.

Selain itu, pengguna juga akan menerima penghala (router) WiFi 6 serta pemasangan percuma. Bagi kawasan yang belum mempunyai fiber, Maxis turut menawarkan Maxis Family Plan dengan 5G Home WiFi, yang disertakan bersama penghala 5G percuma.

Maxis Family Plan hadir dengan tempoh kontrak selama 24 bulan pada kadar pakej tetap. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Maxis.

Berkaitan

  • Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Internet Tanpa Had - Pas Bulanan Serendah RM25
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Aplikasi Maxis Kini Ada Pembantu AI Baharu - Miya
  • Hotlink Naik Taraf 'Travel SIM' - Data Kelajuan Tinggi, eSIM Tersedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY