Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Bekerjasama Dengan U Mobile Bangunkan Infrastruktur Mudah Alih Sepanjang Jajaran ECRL

Maxis Bekerjasama Dengan U Mobile Bangunkan Infrastruktur Mudah Alih Sepanjang Jajaran ECRL

Diterbitkan Februari 12, 2026 · Dikemas kini Februari 12, 2026 oleh Amalina Athman

Maxis memeterai perjanjian dengan U Mobile untuk bersama-sama membangunkan infrastruktur mudah alih baharu sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Dalam kenyataannya, Maxis berkata kerjasama ini memastikan ECRL beroperasi sebagai rangkaian berkongsi serta membolehkan pengguna daripada semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) menikmati perkhidmatan tanpa gangguan.

Syarikat itu juga akan menyelaraskan dengan MNO lain untuk mengekalkan piawaian kualiti dan liputan yang ketat di sepanjang jajaran.

Untuk konteks, Maxis telah dilantik sebagai Penyedia Infrastruktur dan Rakan Telekomunikasi Pilihan Tunggal bagi projek ECRL, dengan tempoh perjanjian selama 10 tahun.

Di bawah perjanjian ini, Maxis akan menerajui penyampaian ekosistem kesalinghubungan lengkap di sepanjang jajaran rel 665 kilometer. Ini termasuk memastikan liputan mudah alih lancar untuk penumpang, menyediakan WiFi berkelajuan tinggi di dalam tren serta menyokong jalur lebar untuk peruncit di stesen ECRL.

Selain itu, Maxis juga akan mengurus operasi, penyelenggaraan dan pengkomersialan aset telekomunikasi dan kapasiti fiber milik Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), serta melaksanakan perkhidmatan push-to-talk (PTT) untuk meningkatkan komunikasi dan keselamatan operasi rel.

Berkaitan

  • Projek ECRL Ke Kelantan Hampir Siap, Singkatkan Perjalanan Dari Gombak Ke KB Kepada 4 Jam
  • Rangkaian 5G Kedua U Mobile Cecah 58.2%, 2976 Tapak Dinaik Taraf
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Maxis Dilantik Penyedia Infrastruktur Rangkaian 4G, 5G Sepanjang Jajaran ECRL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY