Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis store_maxis press

Maxis Akan Berhubung Dengan MCMC Untuk Dapatkan Penjelasan Keputusan Rangkaian 5G Kedua

Diterbitkan November 4, 2024 ยท Dikemas kini November 4, 2024 oleh Amalina Athman

Maxis akan berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memahami rasional keputusan pemilihan pengendali rangkaian 5G kedua, serta mempertimbangkan pilihan yang ada selepas perbincangan dengan semua pihak berkepentingan.

Mengenai bidaan tender rangkaian 5G kedua sebelum ini, Maxis berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif sebagai respons kepada jemputan dari MCMC.

Ia merangkumi pengalaman Maxis selama 30 tahun dalam membiayai, membina dan mengendalikan rangkaian serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Cadangan rangkaian 5G Maxis adalah berdasarkan teknologi 5G-Advanced (5G-A).

Sebahagian besar daripada tapak mudah alih kami telah dilengkapi fiber…Dengan infrastruktur rangkaian yang mantap dan kepakaran Maxis, cadangan rangkaian 5G kami akan mengambil masa dan sumber yang jauh lebih sedikit untuk menampung peratusan kawasan berpenduduk yang sama seperti rangkaian 5G pertama. Liputan 5G dalam bangunan turut akan disediakan di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Maxis turut memberi jaminan bahawa pelanggannya akan terus menikmati perkhidmatan 5G melalui perjanjian akses sedia ada dengan Digital Nasional Berhad (DNB).

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • U Mobile Akan Kurangkan Pegangan Saham Majoriti Asing Kepada 20%
  • Seakan Tidak Jangka U Mobile Dipilih Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua, Ini Respon CelcomDigi
  • TM Terima Keputusan Kerajaan Berhubung Rangkaian 5G Kedua

Sumber: Siaran Media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY