Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g ___

Empat MNO Kemuka Bidaan Tender Rangkaian 5G Kedua

Diterbitkan Ogos 16, 2024 · Dikemas kini Ogos 16, 2024 oleh Amalina Athman

Empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah mengemukakan bidaan masing-masing kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua nanti.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata MNO berkenaan ialah CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia Bhd dan U Mobile.

Empat daripada lima MNO (tidak termasuk YTL Communications Sdn Bhd) yang menyertai dan menandatangani perjanjian langganan saham dengan Digital Nasional Bhd (DNB) telah mengemukakan (bidaan) tender untuk melihat siapa antara mereka boleh mendapat rangkaian kedua.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata keputusan bagi tawaran pelaksanaan rangkaian 5G kedua itu akan dibuat berpandukan bidaan yang telah dikemukakan oleh setiap MNO.

Setakat ini, beliau memaklumkan belum mendapat maklumat daripada pihak MCMC. Walaupun begitu, pihaknya menjangkakan proses tersebut tidak akan mengambil masa terlalu lama, dengan kemungkinan akan dimuktamadkan pada tahun ini.

Berkaitan

  • Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula - Menteri
  • MNO Hanya Boleh Berada Dalam Satu Entiti Bagi Rangkaian 5G Kedua - Teo
  • Telco Janji Tiada Kos Tambahan Kepada Pengguna Bagi Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY