Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
u mobile_rangkaian 5g kedua

U Mobile Akan Kurangkan Pegangan Saham Majoriti Asing Kepada 20%

Diterbitkan November 2, 2024 · Dikemas kini November 2, 2024 oleh Amalina Athman

U Mobile Sdn Bhd, yang terpilih untuk membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia, akan mengurangkan pegangan saham majoriti asingnya kepada 20%, bagi memastikan penguasaan Malaysia lebih besar dan menyeru penyertaan daripada pelabur tempatan.

Syarikat telekomunikasi itu berkata langkah berkenaan sejajar dengan komitmennya terhadap agenda negara. Dengan rekod prestasi yang menjangkau lebih 17 tahun, U Mobile berada pada kedudukan baik untuk pelancaran rangkaian 5G kedua.

Dalam pada itu, ia memaklumkan ketika ini pelanggan U Mobile menggunakan kapasiti 5G paling banyak di Malaysia berbanding penyedia perkhidmatan lain.

Buat pengetahuan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam telah mengumumkan bahawa rangkaian 5G kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile.

Selaras pengumuman itu, U Mobile berkata pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk MCMC dan syarikat telekomunikasi lain seperti CelcomDigi dan Telekom Malaysia untuk menyampaikan perkhidmatan 5G-Advanced bertaraf dunia kepada pengguna.

Selain itu, U Mobile juga akan bekerjasama dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk memastikan pengguna terus menikmati pengalaman 5G terbaik.

Berkaitan

  • MNO Hanya Boleh Berada Dalam Satu Entiti Bagi Rangkaian 5G Kedua - Teo
  • Telco Janji Tiada Kos Tambahan Kepada Pengguna Bagi Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Rangkaian 5G Kedua Akan Dilaksana Oleh U Mobile - MCMC

Sumber: U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY