Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Bersedia Lengkapkan Perjanjian Langganan Saham Bersyarat Dan Memulakan Proses Bina Rangkaian 5G Kedua Malaysia

Seakan Tidak Jangka U Mobile Dipilih Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua, Ini Respon CelcomDigi

Diterbitkan November 3, 2024 · Dikemas kini November 3, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah pun mengumumkan bahawa Rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd.

Respon terhadap pengumuman itu, penyedia rangkaian telekomunikasi CelcomDigi hari ini dalam satu kenyataan berkata, pihak mereka telah mengemukakan cadangan teknikal dan komersial yang kukuh untuk membina rangkaian 5G kedua, berdasarkan kekuatan kewangan dan rekod mereka.

“Kami percaya bahawa kami telah membentangkan cadangan teknikal dan komersial yang menarik untuk membina rangkaian 5G kedua, memanfaatkan kedudukan kewangan dan rekod prestasi kami dalam melabur dan menggunakan rangkaian mudah alih berskala besar, dan menyampaikan perkhidmatan yang berpatutan dan berkualiti tinggi kepada rakyat” CelcomDigi.

Sehubungan itu, CelcomDigi berkata, mereka akan berunding dengan pihak berkepentingan lain bagi memilih pilihan terbaik untuk manfaat pelanggan dan pemegang saham.

CelcomDigi menegaskan bahawa mereka telah bersedia untuk memulakan pelancaran rangkaian 5G secara nasional sebaik sahaja spektrum diberikan, dengan sasaran liputan setara rangkaian 4G dan 4G+ dalam masa singkat.

CelcomDigi berkata, kini fokus mereka adalah memastikan pelanggannya mendapat akses 5G yang berdaya saing, kukuh, dan berpatutan.

CelcomDigi turut memaklumkan pihaknya akan meneruskan integrasi penggabungan, dengan 68% integrasi rangkaian telah siap dan 65% pelanggan mereka kini menikmati pengalaman lebih baik pada rangkaian pintar CelcomDigi yang lebih awal daripada dijadualkan.

CelcomDigi menyatakan, pengumuman oleh MCMC itu tidak akan menjejaskan pelanggan 5Gnya dengan boleh terus menggunakan perkhidmatan seperti biasa.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Rangkaian 5G Kedua Akan Dilaksana Oleh U Mobile - MCMC

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY