Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

Perjanjian Akses 5G Bersama DNB Kini Selesai – KKD

Diterbitkan Julai 21, 2023 · Dikemas kini Julai 21, 2023 oleh Amalina Athman

Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia telah mencapai persetujuan berkaitan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) dan perjanjian akses 5G bersama DNB.

Berkaitan

  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • Rangkaian 5G DNB Akan Terus Diguna Walau Beralih Ke Dwirangkaian 5G - Fahmi
  • Maxis Akan Laksanakan Perjanjian Akses 5G Dengan DNB

CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB. Seterusnya, menyokong pembangunan rangkaian 5G oleh DNB sehingga mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023, sebelum beralih kepada model dwirangkaian seawal Januari 2024.

Setakat 30 Jun 2023, DNB telah membangunkan infrastruktur rangkaian 5G meliputi 64.7% liputan di kawasan berpenduduk dan berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Maxis juga telah memulakan proses untuk menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB setelah beberapa isu berkaitan perkara itu dimuktamadkan pada 11 Julai 2023. Pelanggan Maxis dijangka akan mula menikmati perkhidmatan 5G, selepas Maxis mendapat kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bulan depan.

Sementara itu, CelcomDigi, Telekom Malaysia, U-Mobile dan Yes telah pun menawarkan perkhidmatan 5G selepas menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB sejak tahun lalu.

Sumber: KKD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY