Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Valve Tegas, Tiada Lagi Iklan Mengganggu Dalam Permainan Steam

Masih Ramai Pengguna Steam Menjalankan Windows 10 Walaupun Hayat Sokongan Hampir Tamat

Diterbitkan Februari 17, 2025 · Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh Amsyar Latif

Seperti diketahui, sokongan sistem operasi Windows 10 akan ditamatkan pada 14 Oktober 2025. Berdasarkan data baru-baru ini, sebanyak 62.73% peranti masih menjalankan sistem operasi tersebut.

Kini, pihak Valve turut mengeluarkan data terbaru bagi mengetahui jenis perkakas komputer serta perisian yang digunakan pengguna.

Berdasarkan data yang dikumpul, hampir separuh atau lebih tepat lagi 42.87% pengguna Steam menggunakan Windows 10. Sementara Windows 11 pula 53.46%.

Screenshot 2025-02-17 at 5.21.57 PM

Bermakna, pengguna Steam dilihat seolah-olah tidak boleh ‘move on’ dengan Windows 10.

Walau bagaimanapun, kebanyakan gamer di luar sana yang saya perhati, antara sebab utama mereka tidak mahu menaik taraf Windows 11 adalah disebabkan isu prestasi permainan. Kadangkala permainan boleh ‘crash’ ketika dimainkan.

Biarpun itu bukanlah faktor utama tetapi sifat ‘PC Master Race’ memang sebegitu. Selagi mana perisian mereka masih baik dan tidak mendatangkan masalah, tiada keperluan untuk beralih kepada benda baharu.

Namun, mereka tidak salah juga kerana Microsoft sememangnya mengingatkan pengguna terhadap risiko jika pengguna naik taraf Windows 11 pada PC yang tidak memenuhi syarat spesifikasi.

Kepada anda di luar sana, adakah sudah menggunakan komputer riba atau PC dengan Windows 11? Buat makluman, Microsoft juga menamatkan sokongan aplikasi Office di Windows 10 bermula Oktober 2025.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Ramai Masih Guna Windows 10, Berkemungkinan Terdedah Pada Risiko Bahaya Selepas 14 Oktober 2025
  • Hayat Windows 10 Tinggal 8 Bulan, Microsoft Perketat Sekatan Naik Taraf Ke Windows 11
  • Ada Risiko Jika Pengguna Naik Taraf Ke Windows 11 Pada PC Yang Tak Penuhi Syarat Spesifikasi
  • Valve Tegas, Tiada Lagi Iklan Mengganggu Dalam Permainan Steam

Sumber: Steam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY