Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft office

Microsoft Tamatkan Sokongan Aplikasi Office Di Windows 10 Bermula Oktober 2025

Diterbitkan Januari 16, 2025 · Dikemas kini Januari 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Microsoft mengumumkan bahawa aplikasi Microsoft 365 (Office) tidak lagi akan disokong pada Windows 10 selepas 14 Oktober 2025, tarikh akhir sokongan untuk sistem operasi tersebut. Pengguna yang masih menggunakan Windows 10 perlu menaik taraf ke Windows 11 untuk terus mendapat sokongan aplikasi Office.

Walaupun sokongan rasmi dihentikan, aplikasi Microsoft 365 masih boleh digunakan di Windows 10, tetapi pengguna mungkin menghadapi masalah prestasi dan kebolehpercayaan dari masa ke masa.

Menurut Yusuf Mehdi, Naib Presiden Eksekutif Microsoft, tahun 2025 dianggap sebagai “tahun pembaharuan PC Windows 11,” dengan fokus untuk menggalakkan pengguna menaik taraf daripada Windows 10 kepada Windows 11.

Namun, ramai pengguna masih belum beralih ke Windows 11 disebabkan keperluan perkakasan ketat, termasuk keperluan Trusted Platform Module (TPM) 2.0, yang dianggap sukar dielakkan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, masih ramai masih menggunakan Windows 10 walaupun tinggal lagi beberapa bulan sebelum sokongan terhadap perisian tersebut ditamatkan.

Dengan ini, Microsoft menggesa pengguna untuk menaik taraf kepada Windows 11 bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan selamat.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Ramai Masih Guna Windows 10, Berkemungkinan Terdedah Pada Risiko Bahaya Selepas 14 Oktober 2025
  • Microsoft Rancang Masa Depan 'Gaming Handheld' Gabungan Xbox Dan Windows
  • Microsoft Mungkin Bawa Permainan Xbox Ke PlayStation Pada 2025 - Penganalisis

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
©2026 WISER.MY