Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Kembalikan Ikon Yang Hilang Pada Paparan “Desktop” Windows

Microsoft Wujudkan Laman Khas Semata-Mata Untuk Ingatkan Pengguna Penamatan Windows 10

Diterbitkan Mei 28, 2024 ยท Dikemas kini Mei 28, 2024 oleh ariff bukhari

Microsoft secara diam-diam telah mewujudkan satu laman khas yang secara khusus bagi mengingatkan pengguna Windows 10 bahawa sokongan teknikal atau kemas kini sekuriti ke atas sistem operasi itu akan ditamatkan pada 14 Oktober 2025 nanti.

Malah di laman itu juga mengingatkan pengguna Windows 8.1 dan Windows 7, yang mana kedua-dua sistem operasi itu telah pun ditamatkan sokongan sejak 10 Januari 2023 dan 14 Januari 2020 dahulu.

Screen Shot 2024-05-28 at 7.51.25 AM

Ekoran itu, Microsoft mengesyorkan penggunanya supaya menaik taraf sistem operasi komputer kepada Windows 11.

Di laman itu juga menyediakan soalan lazim untuk 3 sistem operasi itu bagi memudahkan pengguna mengetahui cara menaik taraf kepada Windows 11 serta membeli model komputer terbaru yang menyokong Windows 11.

Microsoft dilihat bersungguh-sungguh mahukan pengguna mereka menaik taraf kepada Windows 11. Ini kerana, walaupun selepas lebih 10 tahun, lebih 68% pengguna masih menggunakan Windows 10 (setakat November 2023).

Manakala hanya 26.6% sahaja pengguna yang menggunakan Windows 11 menurut laman analitik Statista.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Perbandingan Harga Dan Kelebihan Storan Awan Google, Apple Dan Microsoft
  • Mod 120 FPS PUBG MOBILE, Ini Senarai Telefon Yang Sokong

Sumber: Microsoft, Statista

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY