Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Pantas Untuk Lakukan “Split-Screen” Pada Windows 11

Hayat Windows 10 Tinggal 8 Bulan, Microsoft Perketat Sekatan Naik Taraf Ke Windows 11

Diterbitkan Februari 5, 2025 · Dikemas kini Februari 6, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam tempoh lapan bulan, Windows 10 akan mencapai tarikh tamat sokongannya.

Jadi, pengguna kini mempunyai 3 pilihan iaitu sama ada:

  • meneruskan penggunaan Windows 10 tanpa kemas kini keselamatan,
  • menaik taraf ke Windows 11, atau
  • membeli PC baharu jika peranti mereka tidak menyokong TPM 2.0 (syarat untuk Windows 11).

Sebelum ini, terdapat cara tidak rasmi untuk pengguna memasang Windows 11 pada komputer dengan perkakasan yang tidak disokong bagi melepasi pemeriksaan keperluan sistem.

Namun, Microsoft kini memperketat sekatan, menjadikan proses naik taraf daripada Windows 10 ke Windows 11 pada PC yang tidak memenuhi spesifikasi semakin sukar.

Antara langkah pertama diambil Microsoft adalah mengalih panduan “Cara memasang Windows 11” di mana sebelum ini, halaman sokongan Microsoft menyatakan perkara berikut:

“Microsoft mengesyorkan agar tidak memasang Windows 11 pada peranti yang tidak memenuhi keperluan sistem minimum Windows 11. Jika anda memilih untuk memasang Windows 11 pada peranti yang tidak memenuhi keperluan ini, dan anda mengakui serta memahami risikonya, anda boleh membuat nilai kunci pendaftaran berikut dan memintas semakan untuk TPM 2.0 (sekurang-kurangnya TPM 1.2 diperlukan) dan keluarga dan model CPU.”

Walau bagaimanapun, kenyataan itu kini digantikan dengan pernyataan berikut:

“Jika peranti anda sedang menjalankan Windows 10, kami mengesyorkan anda mengesahkan keperluan sistem minimum menggunakan aplikasi PC Health Check. Kami tidak mengesyorkan memasang Windows 11 pada peranti yang tidak memenuhi keperluan.”

Tindakan Microsoft seterusnya adalah mereka menandakan aplikasi pihak ketiga Flyby11 yang membenarkan pengguna mengelak keperluan TPM 2.0 dan memasang Windows 11 pada mana-mana mesin sebagai malware apabila diimbas ciri keselamatan Windows Defender.

Perkara ini disahkan oleh pembangunnya dalam laman GitHub Flyby11:

“Aplikasi ini kini ditandakan sebagai PUA:Win32/Patcher oleh Microsoft Defender. Anda boleh mengabaikan ini dengan selamat jika anda ingin meneruskan naik taraf. Saya akan menghubungi Microsoft untuk mengesahkan sama ada ini adalah klasifikasi rasmi atau positif palsu”

Microsoft akan menamatkan sokongan Windows 10 secara rasmi pada 14 Oktober 2025.

Selepas daripada tarikh itu, Microsoft tidak lagi akan menyediakan kemas kini perisian percuma daripada Kemas Kini Windows, bantuan teknikal atau pembetulan keselamatan untuk Windows 10.

PC anda masih akan berfungsi, tetapi anda disyorkan beralih ke Windows 11 yang lebih moden.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Versi Windows 11 24H2 Kini Turut Ditawarkan Kepada PC Windows 10 Yang Layak
  • Kemas Kini Windows 11 Teruskan Trend Bawa Masalah Pada PC

Sumber: XDA, Microsoft Windows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY