Mana Yang Betul? esukan, E-sukan Atau e-sukan? Ini Jawapannya

Siapa sangka sukan pada zaman sekarang sudah semakin luas. Sekiranya dahulu, sebelum wujudnya teknologi yang canggih, sukan ini pasti dikaitkan aktiviti fizikal dan mesti bermain di luar.

Bak kata mak-mak "Pergilah main kat luar"

Namun itu dahulu, sekarang dengan teknologi yang semakin berkembang, permainan video atau game bukan sahaja untuk dijadikan sebagai hobi di masa terluang.

Akan tetapi, aktiviti bermain game kini boleh menjadi sumber pendapatan. Pertamanya kerjaya streamer. Kedua, atlet.

Benar, bermain permainan video juga dianggap sebagai sukan walaupun ramai yang membantah.

Buat pengetahuan, negara tercinta kita ini mempunyai ramai atlet sukan elektronik yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Malah, atlet game eFIFA pun jauh lebih handal dan disegani berbanding sukan bola sepak realiti.

Kapsyen: Amtuah. Foto - Awani


Walau bagaimanapun, artikel ini bukanlah nak bercerita tentang kejayaan atlet e-sukan atau sukan elektronik di Malaysia. Mungkin topik ini akan dipecahkan dalam artikel akan datang.

Sebenarnya, perkara utama yang nak dibincangkan di sini adalah tentang ejaan sebenar sukan elektronik. Ya, umpama kelas bahasa. Sama ada penting atau tidak tetapi sekurang-kurangnya anda tahu dan mungkin boleh digunakan kelak.

Kalau dilihat di internet, terlalu banyak ejaan sukan elektronik ini. esukan, E-sukan, e-sukan, e-Sukan atau eSukan.



Menurut khidmat nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), istilah sebenar bagi sukan elektronik ialah "e-sukan" di mana ia dirujuk kepada sukan elektronik.

Pun begitu, huruf "S" pada sukan haruslah ditulis dengan huruf kecil. Hal ini kerana perkataan "sukan" bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus.

{suggest}

Meskipun istilah tersebut tiada dalam pangkalan data DBP tetapi berdasarkan jawapan yang sudah diberikan, "e-sukan" adalah istilah yang sepatutnya digunakan.

Apa-apa pun, tidak kira apa jenis sukan sekalipun, kita seharusnya menyokong atlet negara.

Sumber: prpm

Berkaitan