Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ditanya Mengenai Penggunaan RCS Pada iMessage, Ini Jawapan Tim Cook

Ditanya Mengenai Penggunaan RCS Pada iMessage, Ini Jawapan Tim Cook

Diterbitkan September 8, 2022 oleh Amalina Athman

Isu mengenai Rich Communication Services (RCS) bukanlah perkara baharu. Bulan lalu, Google telah melancarkan kempen bagi mendesak Apple untuk menggunakan RCS dalam aplikasi iMessage.

Terbaharu, dalam sesi soal jawab yang berlangsung semalam, CEO Apple Tim Cook telah ditanya mengenai keengganan Apple untuk mengguna pakai RCS pada iMessage. Sebagai respon, Cook memaklumkan pihaknya tidak mendengar jika ada pengguna iPhone meminta untuk mengguna pakai RCS pada iMessage.

"I don't hear our users asking that we put a lot of energy" into RCS, says Tim Cook in response to a question at Code. "I would love to convert you to an iPhone."

"I can't send my mom certain videos," says the questioner.

"Buy your mom an iPhone," says Tim.

— nilay patel (@reckless) September 8, 2022

Malah, Cook menyatakan beliau lebih suka jika pengguna bertukar kepada iPhone. Sebagai tambahan, Cook juga mencadangkan untuk membeli iPhone jika tidak dapat menggunakan ciri tertentu dalam aplikasi iMessage seperti menghantar video dari iPhone ke Android.

Berkaitan

  • Apa Itu RCS Dan Kenapa Google Desak Apple Untuk Gunakannya
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Apple Buang Slot SIM Fizikal Bagi Model iPhone 14 Di Amerika Syarikat

Terdahulu, Google dalam kempen yang dilancarkan bulan lalu menyatakan, desakan untuk Apple menggunakan RCS bukanlah semata-mata kerana perbezaan warna buih atau bubbleĀ antara iPhone dan Android. Tambah Google, SMS dan MMS tidak mempunyai sokongan keselamatanĀ end-to-end encryption atau penyulitan hujung ke hujung serta membuatkan pemesejan dengan peranti Android menjadi sukar disebabkan penggunaan tulisan berwarna putih pada latar belakang hijau yang terang.

Bagi yang tidak tahu, RCS merupakan protokol komunikasi antara peranti dan syarikat telekomunikasi untuk penghantaran mesej yang lebih terkini serta sokongan penghantaran multimedia tanpa menggunakan kredit.

Melalui RCS, ia boleh digunakan merentas kedua-dua peranti iOS dan Android. Lanjut mengenainya boleh dibaca melalui pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY