Dengan pelancaran macOS Ventura dalam acara WWDC 2022 awal pagi tadi, Apple mengumumkan ciri keselamatan USB-C baharu yang direka untuk Mac Apple silicon.
Seperti yang diterangkan oleh Apple, aksesori USB-C dan Thunderbolt yang disambungkan ke port USB-C pada Mac Apple silicon akan memerlukan kebenaran pengguna sebelum aksesori boleh berhubung dengan macOS.
Berdasarkan kenyataan tersebut, aksesori USB dan Thunderbolt baharu yang ingin dihubungkan ke macOS memerlukan kelulusan pengguna untuk sambungan berwayar terus ke port USB-C.
Bagaimanapun, pengecas atau sambungan ke hab yang diluluskan tidak memerlukan kelulusan dan masih boleh mengecas walaupun anda memilih “Don’t Allow”.
Konfigurasi keselamatan ini boleh ditetapkan dalam System Settings, yang mana apabila diaktifkan, peranti yang diluluskan boleh menyambung ke Mac yang dikunci sehingga tiga hari.
” On portable Mac computers with Apple silicon, new USB and Thunderbolt accessories require user approval before the accessory can communicate with macOS for connections wired directly to the USB-C port. This doesn’t apply to power adapters, standalone displays, or connections to an approved hub. Devices can still charge if you choose Don’t Allow.
You can change the security configuration in System Settings > Security and Privacy > Security. The initial configuration is Ask for new accessories. Configuring an accessibility Switch Control sets the policy to always allow accessory use. Approved devices can connect to a locked Mac for up to three days.
Accessories attached during software update from prior versions of macOS are allowed automatically. New accessories attached prior to rebooting the Mac might enumerate and function, but won’t be remembered until connected to an unlocked Mac and explicitly approved.
macOS Ventura buat masa ini sudah tersedia untuk pembangun, dengan peringkat beta dijadualkan akan dilepaskan pada bulan Julai.
Sumber: Apple
Baca juga: