Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook pro 2022

Apple Kenalkan MacBook Pro 13 Inci Dikuasakan Cip M2

Diterbitkan Jun 7, 2022 · Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dengan pelancaran cip baharu Apple M2, dua MacBook baharu dilancarkan ialah MacBook Pro 2022 dan MacBook Air.

Untuk model terbaharu ini, ia tampil dengan rekaan sama seperti MacBook Pro 2020. Ini bermaksud Touch Bar dan lain-lain terus dikekalkan termasuk ketiadaan takuk.

Apple Kenalkan MacBook Pro 13 Inci Dikuasakan Cip M2

Bersama cip ini, MacBook Pro dengan skrin 13 inci ini dikatakan 40% lebih pantas berbanding cip M1.

Ia menyokong unified memory sehingga 24GB dan storan SSD setinggi 2TB.

 

MacBook-pro-m2

Selain itu, ia juga lengkap dengan sistem penyejukan aktif yang membantu pengguna menjalankan perisian berkuasa tinggi seperti penyuntingan video.

Untuk kuasa, ia dapat menampung sehingga 20 jam ketahanan bateri.

Di Amerika Syarikat, ia akan dipasarkan mulai bulan depan bermula RM5699.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY