Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2022-06-07 02.13.14

macOS Ventura Diumumkan, Stage Manager Jadi Tumpuan

Diterbitkan Jun 7, 2022 ยท Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Versi terbaharu macOS turut sama dilancarkan Apple dan ia diberi nama macOS Ventura.

Antara perkara baharu dibawakan sistem operasi baharu ini ialah ciri Stage Manager yang membenarkan hanya aplikasi utama menjadi fokus.

Aplikasi yang tidak digunakan akan diketepikan lantas membantu pengguna memberi tumpuan.

Stage Manager in macOS Ventura

Bagi fungsi Spotlight pula, ia ditambah baik dengan Rich Results yang juga akan hadir ke iOS dan iPadOS.

Spotlight dalam Ventura boleh mencari imej daripada pustaka, rentas sistem dan juga web. Bahkan, ia juga boleh mencari teks dalam gambar.

Untuk aplikasi Mail, antara perubahan yang mungkin dinanti-nanti sebilangan pengguna ialah ciri ‘Undo sent’ di mana pengguna boleh menarik balik e-mel dihantar.

macOS Ventura akan tersedia pada para pembangun mulai hari ini dan versi beta awamnya pada Julai kelak.

Ini bermakna ia akan tersedia pada semua pengguna awal sekitar Oktober 2022.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY