iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain 'Lockscreen' Baharu

iOS 16 menjadi perkara pertama diumumkan dalam WWDC 2022.

Apa yang baharu dalam locksreen ialah pengguna kini boleh memilih font daripada barisan font terpilih (seperti pada Pixel) dan menambah widget.



Ini bermakna anda tidak lagi perlu menyahkunci skrin untuk melihat atau menggunakan widget.

Bagi notifikasi pula, perubahan besarnya ialah dalam iOS 16, ia akan muncul daripada bawah. Ini akan menjadi salah satu perubahan besar dialami pengguna iPhone.



Untuk mod Focus, ia diintegrasikan dengan wallpaper di mana wallpaper akan berubah berdasarkan mod fokus.



Selain itu, tukar wallpaper boleh tentukan jenis mod fokus ditetapkan.



Tab dalam Safari juga boleh dikonfigurasi berdasarkan mod fokus dipilih.

Untuk Messages, kelak anda boleh sunting mesej yang dihantar melalui Messages. Ini bermakna anda boleh betulkan sebarang typo atau membetulkan ayat.



Bukan itu sahaja, malah ciri 'Undo send' membenarkan anda menarik semula mesej yang telah dihantar. Ciri ini sama seperti ciri Unsend pada mesej di Instagram di mana pengguna lain tidak sedar akan kewujudan mesej dipadam tersebut.



SharePlay kini diintegrasi ke dalam aplikasi Messages di mana pengguna lebih mudah nerkongsi apa yang sedang ditonton mereka.



Dengan ciri Live Text in Video, anda juga kini boleh menyalin teks semasa dalam video dengan menjedanya.

Apple Pay Later

Apple Pay Later diperkenalkan di mana pengguna boleh 'berhutang' selama 6 minggu dengan sifar faedah dan ia boleh digunakan di semua yang menerima pembayaran Apple Pay.

Soal peta pula, Apple Map kelak akan menambah lagi 11 negara dan ia tidak termasuk Malaysia.

Bagi ciri Family Sharing, ibu bapa boleh menetapkan had umur, had masa dengan skrin dan lain-lain.

Dalam pada itu, anda boleh guna peranti lain untuk tetapkan siapa yang guna peranti lain dengan mudah, hanya bawa kedua-dua peranti dengan dekat.



Untuk aplikasi Photos, ciri baharu diperkenlkan ialah iCloud Shared Photo Library.

Ia terhad pada lima orang untuk menyertainya dan ahlinya bebas berkongsi apa-apa gambar dalamnya.

Butang khas dalam aplikasi kamera untuk terus kongsikan ke mana-mana library.



Ciri Safety Check, Dengan fokus untuk membantu mangsa hubungan abusif boleh menggunakan beberapa ciri yang mengehadkan penjejakan lokasi terhadap individu berbahaya pada mereka, melindungi akses mesej dan lain-lain.



CarPlay kini hadir dengan lebih banyak fungsi di mana ia memaparkan lebih banyak ciri dan maklumat pemanduan dan sebagainya.

Ia digabung bersama peralatan kereta jadi pengguna boleh mengubah suhu, menala audio dan sebagainya yang menjadikannya salah satu komponen penting dalam kereta, bukan hanya inforia.
Untuk senarai penuh iPhone manakah yang akan menerimanya, anda boleh baca di sini.