Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple M5 pro

Apple M5 Pro & M5 Max Rasmi — Cip 18-Teras Dengan GPU 40-Teras Dan 4x Prestasi AI

Diterbitkan Mac 3, 2026 oleh Amsyar Latif

Apple memperkenalkan cip baharu paling berkuasa untuk komputer riba profesional menerusi M5 Pro dan M5 Max, yang kini menggerakkan MacBook Pro generasi terkini. Dibina berasaskan seni bina baharu dikenali sebagai Fusion Architecture, kedua-dua cip ini menggabungkan dua die dalam satu system-on-a-chip (SoC) untuk prestasi dan kecekapan lebih tinggi.

M5 Pro dan M5 Max hadir dengan CPU 18-teras baharu yang merangkumi enam “super core” yang mana teras terpantas Apple setakat ini bersama 12 teras prestasi untuk beban kerja multibebenang. Apple mendakwa peningkatan sehingga 30% bagi tugasan profesional berbanding generasi sebelumnya.

Dari segi grafik, GPU generasi baharu ini boleh diskalakan sehingga 40-teras (M5 Max) dengan Neural Accelerator pada setiap teras GPU. Ia menawarkan lebih 4 kali ganda kuasa pengiraan AI berbanding cip terdahulu, selain peningkatan sehingga 35% untuk aplikasi ray tracing.

M5 Pro menyokong sehingga 64GB unified memory dengan bandwidth 307GB/s, manakala M5 Max pula sehingga 128GB unified memory dengan bandwidth mencecah 614GB/s di mana sesuai untuk kerja 3D, pembangunan aplikasi dan pemprosesan model AI berskala besar.

Turut disertakan ialah Neural Engine 16-teras lebih pantas, sokongan Thunderbolt 5 serta Media Engine terkini. Dengan gabungan prestasi, AI dan kecekapan tenaga, MacBook Pro kini tampil sebagai mesin paling berkuasa dalam ekosistem Apple Silicon.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • iPhone 17e Kini Rasmi - Storan Bermula 256GB Pada Harga RM2,999
  • iPad Air Dengan Cip M4 Dilancarkan, Harga Dari RM2,799

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY