Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lelaki Australia Guna Jantung Titanium Pertama Di Dunia Dibenar Keluar Hospital

Lelaki Australia Guna Jantung Titanium Pertama Di Dunia Dibenar Keluar Hospital

Diterbitkan Mac 13, 2025 oleh ariff bukhari

Seorang pesakit di Australia menjadi individu pertama di dunia yang dibenarkan keluar hospital selepas menggunakan jantung tiruan sepenuhnya.

Pesakit lelaki tersebut menggunakan jantung tiruan yang diperbuat daripada titanium yang dihasilkan oleh syarikat BiVACOR, sebagai langkah sementara sehingga mendapat jantung penderma.

Lelaki tersebut menerima jantung tiruan pada November lalu, sebelum berjaya menjalani pemindahan jantung penderma pada awal Mac.

Lelaki Australia Guna Jantung Titanium Pertama Di Dunia Dibenar Keluar Hospital

Tempoh penggunaan jantung tiruan ini merupakan yang paling lama direkodkan sebelum pemindahan jantung sebenar dilakukan.

“Kami teruja untuk berkongsi bahawa pesakit pertama yang ditanam dengan BiVACOR TAH mencapai pencapaian yang dijangkakan menggunakan peranti itu sebagai jambatan kepada pemindahan jantung dan tidak mengalami komplikasi”

Media Australia melaporkan, pasukan perubatan dari Hospital St Vincent Sydney menyifatkan kes ini sebagai kejayaan penting dalam bidang perubatan, manakala BiVACOR menyatakan penghargaan atas keberanian pesakit dan keluarganya yang membuka laluan kepada lebih ramai pesakit menerima teknologi penyelamat nyawa ini.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • China Temui Torium, Ada Potensi Bagi Bekalan Tenaga Sehingga 60 Ribu Tahun
  • Masa Depan Perubatan, Hidrogel Ini Bantu Proses Penyembuhan Luka Dalam Masa 24 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY