Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Masa Depan Perubatan, Hidrogel Ini Bantu Proses Penyembuhan Luka Dalam Masa 24 Jam

Masa Depan Perubatan, Hidrogel Ini Bantu Proses Penyembuhan Luka Dalam Masa 24 Jam

Diterbitkan Mac 11, 2025 · Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh Amsyar Latif

Para saintis dari Universiti Aalto dan Universiti Bayreuth telah mencipta hidrogel yang bukan sahaja kuat dan fleksibel, tetapi juga mampu sembuh sendiri—mirip keupayaan kulit manusia. Penemuan ini berpotensi besar dalam bidang perubatan, robotik lembut, dan bahan sintetik yang boleh pulih secara automatik.

Untuk menjadikannya lebih tahan lasak tanpa kehilangan keanjalan, para penyelidik menggunakan helaian nano tanah liat ultra-nipis yang membentuk rangkaian polimer padat. Struktur ini membolehkan hidrogel mengekalkan bentuknya sambil mempercepatkan proses penyembuhan apabila terpotong atau rosak.

Masa Depan Perubatan, Hidrogel Ini Bantu Proses Penyembuhan Luka Dalam Masa 24 Jam

Proses pembuatannya melibatkan campuran bahan kimia khas dengan air sebelum didedahkan kepada cahaya UV. Cahaya ini mengaktifkan tindak balas yang mengikat molekul-molekul dalam gel, membentuk struktur elastik yang kuat. Apabila gel ini terputus, polimernya akan bertaut kembali secara semula jadi dalam tempoh 24 jam—dengan 80-90% pemulihan berlaku hanya dalam empat jam.

Masa Depan Perubatan, Hidrogel Ini Bantu Proses Penyembuhan Luka Dalam Masa 24 Jam

 

Penemuan ini membuka pintu kepada pelbagai aplikasi baharu, termasuk robot dengan ‘kulit’ yang boleh pulih sendiri, tisu sintetik yang lebih tahan lama, serta bahan perubatan yang boleh membaiki kerosakan secara automatik.

Sebagai selingan, syarikat teknologi Clone Robotics telah memperkenalkan robot manusia yang hadir dengan 206 tulang tiruan dan lebih 1000 otot buatan.

Apa-apa pun, dengan penyelidikan lanjut, teknologi ini boleh merevolusikan cara kita menghasilkan dan menggunakan bahan dalam kehidupan seharian.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Clone Robotics Perkenal 'Protoclone' - Robot Manusia Ada 206 Tulang Tiruan, Lebih 1000 Otot Buatan
  • Bateri Nuklear Ini Mungkin Jadi Penyelesaian Tenaga Masa Depan
  • China Temui Torium, Ada Potensi Bagi Bekalan Tenaga Sehingga 60 Ribu Tahun

Sumber: Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY