Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
reaktor nuklear torium

China Temui Torium, Ada Potensi Bagi Bekalan Tenaga Sehingga 60 Ribu Tahun

Diterbitkan Mac 11, 2025 ยท Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh Amsyar Latif

China baru-baru ini mengumumkan penemuan besar simpanan torium di Bayan Obo, Mongolia Dalam, yang dianggarkan berjumlah 1 juta tan.

Jika digunakan dalam reaktor nuklear torium, khususnya reaktor nuklear garam cair (MSR), sumber ini dikatakan cukup untuk membekalkan tenaga kepada China selama 60,000 tahun.

Torium dianggap sebagai alternatif lebih selamat dan cekap berbanding uranium, dengan potensi menghasilkan tenaga lebih tinggi dan sisa radioaktif yang lebih rendah.

Selain itu, risiko letupan atau kemalangan nuklear jauh lebih rendah berbanding uranium. Malah, ia merupakan sumber tenaga bersih kerana tidak menghasilkan karbon secara langsung, menjadikannya lebih mesra alam.

Sejak 2021, China telah menguji reaktor torium pertama mereka di Gurun Gobi dan merancang untuk membina reaktor demonstrasi lebih besar menjelang 2029 atau 2030.

Penemuan ini boleh membantu China mengurangkan kebergantungan pada arang batu dan import uranium, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kuasa tenaga global. Namun, cabaran utama termasuk kos ekstraksi tinggi dan risiko proliferasi nuklear kerana torium boleh menghasilkan uranium-233, yang berpotensi digunakan dalam senjata nuklear.

Jika berjaya, torium boleh menjadi faktor perubahan besar dalam landskap tenaga dunia, menjadikan China peneraju dalam teknologi nuklear alternatif.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Bateri Nuklear Ini Mungkin Jadi Penyelesaian Tenaga Masa Depan
  • NASA Berjaya Terima Isyarat GPS Di Bulan Sejauh 362,102 Km Dari Bumi
  • Kilang-Kilang Di China Kini Beroperasi Dalam Gelap 24 Jam

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
  • Selepas Hampir 50 Tahun, Voyager 1 Akhirnya Capai Jarak Satu Hari Cahaya Dari Bumi
  • Samsung Wallet Bakal Sokong ShopeePay Di Malaysia
  • macOS 27.3 Akan Beri Pengguna Kawalan Lebih Terperinci Terhadap Akses Aplikasi
  • 30 Modul Bateri EV BMW Terpakai Bantu Bekalkan Elektrik 24 Jam Kepada Kampung Orang Asli Di Pahang
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999
©2026 WISER.MY