Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image_j

Tak Lama Lagi Pengguna WhatsApp Boleh Akses ‘Chatbot’ AI

Diterbitkan November 20, 2023 · Dikemas kini November 20, 2023 oleh Amalina Athman

Pada September, Meta telah mengumumkan beberapa produk dan ciri AI (kecerdasan buatan) yang akan tersedia di WhatsApp kelak.

Dalam perkembangan terbaharu, ciri chatbot atau bot sembang AI mula tersedia untuk beberapa pengguna WhatsApp beta dalam kemas kini Android 2.23.24.26 di Google Play Store.

Berkaitan

  • Anda Sepatutnya Mula Terima 3 Ciri 'AI' Di WhatsApp
  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • 'Backup' WhatsApp Untuk Android Tidak Lagi Percuma Dengan Storan Tanpa Had

Melalui perkongsian WABetaInfo, ia memperlihat butang multi-warna yang ditempatkan dalam tab Chats, di atas ikon “New Chat”. Dengan butang tersebut, pengguna boleh membuka bot sembang AI lebih pantas, berbanding akses melalui senarai kenalan dalam ujian sebelum ini.

Tak Lama Lagi Pengguna WhatsApp Boleh Akses ‘Chatbot’ AI

Selain itu, dengan meletakkan pintasan yang lebih jelas dalam tab Chats juga membolehkan pengguna tahu kewujudan ciri itu.

Seperti dinyatakan Meta, Sembang AI membolehkan pengguna bertanya apa-apa soalan bagi mengetahui lebih lanjut tentang topik tertentu yang sedang dibincangkan dalam sembang berkumpulan atau individu di platform itu.

Dalam erti kata lain, tak perlu buka pelayar dan tanyakan sahaja soalan melalui bot sembang berkenaan.

Ketika ini, ia hanya tersedia untuk beberapa penguji beta dan dijangka ditawarkan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY