Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dron 2023

CAAM Larang Terbang Dron Tanpa Kelulusan Di Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Bermula 26 Hingga 31 Ogos

Diterbitkan Ogos 20, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 20, 2024 oleh Amalina Athman

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan Hari Kebangsaan 2024, bermula dari 26 hingga 31 Ogos 2024.

CAAM berkata larangan itu bertujuan untuk memastikan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan selamat, selain mengelakkan daripada berlaku sebarang kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam.

Selain itu, ia juga bagi mengelakkan risiko kemalangan terhadap pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia yang menjalankan latihan dan pertunjukan penerbangan formasi rendah di beberapa lokasi sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara sepanjang tarikh yang dinyatakan tersebut.

Sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang risiko serta bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); peraturan 98, peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).

Berkaitan

  • Dua Dron Terbaru DJI Kini Di Malaysia Untuk Servis Penghantaran Barang
  • Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM
  • DJI Uji Servis Penghantaran Guna Dron Pertama Di Dunia Di Gunung Everest
  • Pertama Di Dunia, Sejumlah 5,000 Dron Terbang Sendiri Dengan Selamat Dalam Ujian Trafik UAV
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY