Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (68)

Dua Dron Terbaru DJI Kini Di Malaysia Untuk Servis Penghantaran Barang

Diterbitkan April 26, 2024 oleh Muhd Idham

Aonic Malaysia yang memainkan peranan sebagai organisasi sokongan bagi DJI Enterprise Service Centre di Malaysia telah melancarkan dua produk dron terbaru yang khas untuk servis penghantaran barangan dan perlakuan kerja secara automatik.

Dron yang pertama adalah DJI Dock 2 yang merupakan dron dengan kebolehan berfungsi secara automatik melalui tetapan tugasan daripada 2 jenis pilihan kamera iaitu Matrice 3D dengan lensa ultra lebar 20MP dan lensa telefoto 12MP.

Dua Dron Terbaru DJI Kini Di Malaysia Untuk Servis Penghantaran Barang
DJI Dock 2

Lagi satu pilihan kamera ialah Matrice 3TD dengan lensa 48MP ultra lebar, 12MP ultra lebar dan ciri kamera inframerah yang beresolusi 1280 x 1024 30FPS.

Selain itu, ia juga 75 peratus lebih kecil dan 68 peratus lebih ringan berbanding modelnya yang terdahulu iaitu DJI Dock.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Profesor Jepun Cipta AI Yang Ramal Bila Pekerja Nak Letak Jawatan
  • HONOR Pad 9 5G Kini Tersedia Bersama Tiga Produk Lain
  • Telefon Pintar 5G HiFi, Moondrop MIAD 01 Rasmi, Harga ~RM1,650

Produk dron yang kedua pula adalah DJI FlyCart 30 yang direka khas untuk pengangkutan serta penghantaran pelbagai barangan sejauh 16km dengan penarafan IP55.

Ia juga mampu untuk mengangkut berat barangan pada tahap maksimum 30kg dengan penguasaan dwi-bateri dan 40kg dengan satu bateri.

Tambahan lagi, model dron ini hadir dengan dua tetapan mod iaitu mod Kargo yang menyediakan kotak Polipropilena (EPP) bagi menyokong tugas penghantaran dengan lebih stabil.

Featured Image – Wiser Article (67)
DJI FlyCart 30

Manakala, mod Winch menyediakan penggunaan kabel yang fleksibel di mana ia boleh ditarik dan dikawal sama ada secara manual ataupun automatik.

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, sila ke laman web rasmi Aonic Malaysia.

Sumber: Siaran Media Aonic Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY