Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI FlyCart 30 Everest

DJI Uji Servis Penghantaran Guna Dron Pertama Di Dunia Di Gunung Everest

Diterbitkan Jun 6, 2024 · Dikemas kini Jun 6, 2024 oleh ariff bukhari

DJI dengan kerjasama syarikat perkhidmatan dron Nepal Airlift, syarikat pengeluaran video 8KRAW, dan pemandu gunung bertauliah Nepal Mingma Gyalje Sherpa, telah mengadakan ujian penerbangan dron untuk servis penghantaran pertama di dunia di Gunung Everest (Gunung Qomolangma).

Ujian yang telah selesai pada bulan April lalu itu merupakan pencapaian bersejarah dalam penerbangan ini yang sekali gus menyerlahkan keupayaan mengagumkan DJI FlyCart 30.

DJI FlyCart 30
Set asas kombo DJI FlyCart 30 adalah berharga RM105,875.

Dron DJI itu berupaya membawa muatan 15kg walaupun dalam keadaan altitud dan persekitaran yang melampau di Gunung Everest.

Semasa ujian itu dijalankan, sebanyak 3 tangki oksigen seberat 13.5kg dan 1.5kg bekalan lain telah diterbangkan dari Kem Pangkalan Everest ke Kem 1 (5,300-6,000m ASL).

Dalam perjalanan pulang pula, dron itu membawa sampah sehingga ke bawah.

“Keupayaan untuk mengangkut peralatan, bekalan dan sisa dengan selamat menggunakan dron berpotensi merevolusikan logistik pendakian gunung Everest, memudahkan usaha pembersihan sampah dan meningkatkan keselamatan untuk semua yang terlibat.” Christina Zhang, Pengarah Strategi Korporat Kanan DJI.

DJI FlyCart 30 Everest
DJI FlyCart 30 boleh mengangkut sampah dan sisa manusia dengan cekap menuruni gunung, mengurangkan jumlah perjalanan yang mesti dilakukan oleh Sherpa merentasi Air Terjun Khumbu.

Sebelum menjalankan penerbangan penghantaran, jurutera DJI mempertimbangkan cabaran alam sekitar Everest yang melampau, termasuklah suhu antara -15° hingga 5°C, kelajuan angin sehingga 15m/s dan ketinggian tinggi melebihi 6,000m ASL.

Ujian ketat DJI FlyCart 30 kemudiannya dijalankan, termasuk ujian hover tanpa muatan, rintangan angin, suhu rendah dan ujian kapasiti berat dengan muatan yang lebih berat berturut-turut.

Beli dron DJI dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll8ib1
  • Lazada – https://invol.co/cll8ib5

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps

Sumber: DJI, MARCH

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY