Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pertama Di Dunia, Sejumlah 5,000 Dron Terbang Sendiri Dengan Selamat Dalam Ujian Trafik UAV

Pertama Di Dunia, Sejumlah 5,000 Dron Terbang Sendiri Dengan Selamat Dalam Ujian Trafik UAV

Diterbitkan Julai 25, 2024 · Dikemas kini Julai 25, 2024 oleh ariff bukhari

Penyelidik di Universiti Eötvös Loránd (ELTE) di Budapest, Hungary, telah mencapai pencapaian termaju dalam teknologi dron.

Hanya bermula dengan penciptaan kawanan quadcopter autonomi pertama di dunia pada tahun 2014 dahulu, yang terdiri daripada sekurang-kurangnya sepuluh unit.

Kini mereka berjaya mencipta sejumlah 5,000 dron mengurus diri yang pertama di dunia, bagi menunjukkan penyelesaian trafik dron autonomi berskala besar yang pertama.

Trafik dron berduyun-duyun dan autonomi ini mungkin kelihatan serupa, tetapi mereka mempunyai cabaran dan matlamat yang berbeza.

Untuk menerbangkan dron dalam jumlah yang besar serta bergerak bersama dengan sempurna melalui pergerakan yang diselaraskan seperti kawanan burung, ia amat rumit.

Kerumitan ini amat ketara di kawasan lapang di mana dron, seperti pejalan kaki, bergerak bebas ke pelbagai arah kerana dalam trafik dron autonomi, setiap dron mempunyai laluan dan matlamatnya sendiri, yang boleh menyebabkan konflik.

Jadi, pasukan ELTE berjaya menyelesaikan masalah kompleks ini dengan perancangan laluan kemas kini masa nyata yang pintar.

Pertama Di Dunia, Sejumlah 5,000 Dron Terbang Sendiri Dengan Selamat Dalam Ujian Trafik UAV

Mereka menggabungkan ini dengan model berduyun-duyun tradisional yang diilhamkan dari alam semula jadi.

Kaedah baharu ini membantu dron autonomi mengelakkan kebanyakan konflik lalu lintas.

Ia juga membolehkan mereka menguruskan sebarang isu yang tinggal dengan selamat dengan menyelaras terus dengan dron berdekatan.

Mereka juga memetakan kes tiga dimensi berlapis, menunjukkan potensi model untuk mengendalikan trafik dron yang padat.

Ia boleh digunakan di bandar pintar masa depan dan sistem kawalan trafik udara berpusat.

Sistem canggih yang lebih berkebolehan daripada juruterbang manusia ini menjanjikan masa depan dron dengan keupayaan mengemudi sendiri di langit dengan kecekapan dan keselamatan yang tiada tandingan.

Pencapaian ini adalah usaha berterusan Jabatan Fizik Biologi di ELTE sejak 2009 lagi yang telah berada di barisan hadapan dalam pembangunan grup robotik dan kawanan dron.

Berkaitan

  • DJI Uji Servis Penghantaran Guna Dron Pertama Di Dunia Di Gunung Everest
  • Apple Maps Kini Tersedia Untuk Versi Web

Sumber: swarm intelligence

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY