Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dron 2023

Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM

Diterbitkan Jun 4, 2024 · Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh Amalina Athman

Pemilik dron, sama ada bagi tujuan komersial atau rekreasi, kelak perlu mendaftar dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • DJI Avata 2 Jadikan Anda Pilot Dron 'Profesional' Pada Harga RM1,999
  • Jurufoto Catat Rekod Dunia Guinness Terbangkan RC Dron Selaju 480.23Km/j

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Sementara badan korporat boleh didenda maksimum RM100,000.

Memetik laporan New Straits Times, CEO CAAM Kapten Datuk Norazman Mahmud berkata pendaftaran ketika ini memang diperlukan, tetapi pematuhan masih rendah berikutan bilangan dron yang tinggi.

Lanjutan itu, beliau berkata pemilik dron kelak perlu mendaftar di Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UASTM), yang akan ditubuhkan pada suku ketiga tahun depan.

Pada masa itu, apabila anda membeli dron, anda perlu mendaftar sebelum menerbangkannya. Pengendali dron perlu meminta kebenaran melalui aplikasi mudah alih sebelum menerbangkan dron mereka.

Sekiranya dron berkenaan memenuhi semua keperluan dan berada di kawasan bukan larangan, kelulusan akan diberikan serta-merta.

Dengan mewujudkan sistem pengurusan ini, ia dijangka dapat menguruskan peningkatan bilangan dron di ruang udara negara dengan lebih cekap serta memastikan dron tidak menceroboh kawasan larangan.

Mengulas lanjut, Norazman berkata data Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) menunjukkan terdapat 155,995 pengendali dron di negara ini. Sekitar 80% penggunaan dron adalah rekreasi, manakala baki 20% meliputi pengawasan dan pengangkutan.

Sumber: New Straits Times

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY