Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2022-03-10 at 11.46.24

Kurang 30 Tahun lagi, Bandar-Bandar Utama Di Malaysia Diramal Ditenggelami Laut

Diterbitkan Mac 10, 2022 · Dikemas kini Mac 11, 2022 oleh ariff bukhari

Ekoran pemanasan global yang semakin membimbangkan, para saintis bimbang akan berlakunya insiden di mana bandar-bandar utama dunia bakal ditenggelami lautan.

Berdasarkan data terbaru daripada Polar Portal, ais Greenland sudah kehilangan air sebanyak 4700 bilion tan dalam tempoh 20 tahun ini.

Jumlah itu sudah cukup untuk menenggelamkan negara Amerika Syarikat (AS) sedama 0.5 meter.

Paras air laut yang makin meningkat ini amat membimbangkan kerana 6 juta penduduk dunia akan terdedah dengan banjir bagi setiap kenaikan sentimeter.

Mengaitkan isu global ini dengan Malaysia pula, dijangkakan bahawa kurang dalam tempoh 30 tahun lagi, beberapa bandar utama di Malaysia juga turut akan hilang dari peta kerana ditenggelami laut.

Berdasarkan kepada data Climate Central, dijangkakan pada tahun 2050 nanti bandar-bandar di beberapa negeri seperti Alor Setar, Kedah bakal menjadi sebuah pulau.

Screen Shot 2022-03-10 at 11.17.20

Screen Shot 2022-03-10 at 11.12.35

Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping pula langsung tidak akan kelihatan lagi, Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor bakal lenyap, Port Klang akan tenggelam, Shah Alam menggecil dan KLIA pula bertempat di sebelah pantai.

Bahkan Lebuhraya Utara-Selatan juga turut akan tenggelam. Begitu juga dengan Bandar Muar, Johor dan Pekan, Pahang juga dijangka akan tenggelam menjelang 2050 nanti.

Screen Shot 2022-03-10 at 11.15.37

Dalam tempoh 40 tahun ini sahaja saintis menganggarkan sudah lebih daripada 1 juta kaki ais telah pun mencair disebabkan oleh pembebasan karbon dioksida yang terhasil daripada kenderaan.

Saintis itu juga membuat kiraan dengan menganggarkan, jika penduduk Bumi melepaskan 1,000 bilion tan metrik karbon dioksida ke udara, mereka meramalkan ais di Artik akan hilang sepenuhnya sekitar 29 tahun lagi.

Saintis bimbang, keadaan ini akan menyebabkan peningkatan air laut yang tidak dapat dibendung sekaligus berlakunya krisis kekurangan makanan akibat kerosakan tanah tanaman, perladangan dan lain-lain.

Sumber: Climate Central

Baca juga:
  • Ais Greenland Kehilangan Banyak Air Dalam 20 Tahun, Cukup Tenggelamkan AS
  • Bongkah Ais Gergasi Mencair, Melepaskan 152 Bilion Tan Air Tawar Ke Lautan
  • Saintis Dah Berlayar Untuk Siasat ‘Glasier Kiamat’ Yang Mula Cair Dengan Cepat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY