Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saintis Dah Berlayar Untuk Siasat ‘Glasier Kiamat’ Yang Mula Cair Dengan Cepat

Posted on Januari 17, 2022

Masihkah anda ingat terhadap laporan terdahulu yang mengatakan glasier Thwaites atau lebih dikenali sebagai glasier kiamat (doomsday glacier) semakin cepat mencair?

Kini, 32 orang saintis telah pun mula berlayar ke glasier tersebut di benua antartika. Misi yang mengambil kira-kira dua bulan ini adalah bertujuan untuk menyiasat dan mengkaji bongkah ais gergasi tersebut dengan lebih mendalam bagi mengetahui berapa cepat paras air laut akan meningkat disebabkan pencairan ini.

Selain itu, misi itu juga menelan belanja sebanyak USD50 juta (~RM210 juta) dan dijalankan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Mengapa misi ini penting adalah kerana ‘glasier kiamat’ tersebut merupakan salah satu glasier terbesar dunia. Lebih parah, ia dilihat sudah mula cair dengan begitu pantas.

Dikatakan glasier yang bersaiz sebesar Florida ini “memegang” kira-kira 50 bilion tan ais ke dalam air setiap tahun. Jika ia cair, pencairan bongkah ais ini akan mengakibatkan peningkatan paras air laut sebanyak 4%.

Buat masa sekarang, saintis berpendapat punca kepantasan pencairan ini adalah disebabkan air laut yang semakin panas. Bahkan, saintis juga sudah mula memberikan amaran terhadap isu ini.

Mungkin ada yang menganggap 4% itu nilainya hanyalah kecil tetapi sebenarnya ia akan memberikan ancaman dahsyat buat dunia sekiranya bongkah ais glasier Thwaites itu cair sepenuhnya.

Sumber: AP News

Baca juga:

  • Netflix Naikkan Harga Untuk Semua Pelan

  • Pembangun PUBG Mahu Saman Garena, Apple Dan Google Sebab Free Fire

  • Apa Beza Antara Android TV Dengan Smart TV? Mana Satu Lebih Bagus?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress