Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ais Greenland Kehilangan Banyak Air Dalam 20 Tahun, Cukup Tenggelamkan AS

Posted on Februari 7, 2022Februari 7, 2022

Pemanasan global semakin hari semakin membimbangkan. Menurut data terbaru daripada Polar Portal, ais Greenland sudah kehilangan air sebanyak 4700 bilion tan dalam masa 20 tahun.

Pencairan yang banyak itu juga sebenarnya cukup untuk menenggelamkan negara Amerika Syarikat (AS) di bawah 0.5 meter.

Selain itu, kehilangan air tersebut juga menyebabkan paras air laut dunia meningkat sebanyak 1.2 cm.

Menurut penyelidik Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), faktor utama pencairan ais Greenland yang cepat itu berpunca daripada perubahan iklim.

Tambahan lagi, kajian juga mengatakan Greenland kini dalam “landasan yang tepat” untuk menyumbangkan peningkatan paras air laut global sebanyak 3 inci ke 5 inci (7-13 cm) menjelang tahun 2100.

Buat makluman, paras air laut yang makin meningkat ini sebenarnya membimbangkan. Ini kerana 6 juta penduduk dunia akan terdedah dengan banjir bagi setiap kenaikan sentimeter.

Sumber: livescience

Baca juga:

  • ‘Doomsday Glacier’ Makin Cepat Cair, Paras Laut Dunia Boleh Meningkat

  • Bongkah Ais Gergasi Mencair, Melepaskan 152 Bilion Tan Air Tawar Ke Lautan

  • Saintis Dah Berlayar Untuk Siasat ‘Glasier Kiamat’ Yang Mula Cair Dengan Cepat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress