Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Minta Pembekal Hasilkan Sekurangnya 90 Juta Unit iPhone 14

Apple Minta Pembekal Hasilkan Sekurangnya 90 Juta Unit iPhone 14

Diterbitkan Ogos 12, 2022 oleh Amalina Athman

Bukan lagi rahsia, Apple dijangka akan melancarkan generasi iPhone terbaharu pada September ini. Menjelang pelancaran itu, permintaan iPhone 14 telah menjadi topik perbualan dalam kalangan penganalisis, berikutan keadaan semasa pasaran global telefon pintar yang semakin merosot.

Namun, laporan Bloomberg terkini menyatakan Apple telah meminta pembekal untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 90 juta unit bagi iPhone 14. Untuk rekod, gergasi teknologi itu juga meminta penghasilan jumlah yang sama bagi iPhone 13 yang dilancarkan pada 2021.

Secara keseluruhan, Apple menjangkakan penghasilan sebanyak 220 juta unit iPhone pada 2022, juga sama seperti tahun lalu.

Berkaitan

  • Apple Dikhabar Sudah Mula Buat Persediaan Untuk Pelancaran iPhone 14
  • Kuo: Pengeluaran iPhone 14 Tidak Akan Terjejas Biarpun Konflik China Dan Taiwan
  • Kuo: Apple Akan Naikkan Harga Jualan Untuk Model iPhone 14 Pro

Dalam pada itu, sumber yang bercakap kepada Bloomberg turut berkata bahawa syarikat yang berpangkalan di California itu mampu mengharungi kemerosotan pasaran telefon pintar. Ini kerana, Apple percaya masih terdapat pengguna yang sanggup membelanjakan wang untuk peranti premium termasuk iPhone yang bakal dilancarkan kelak.

Ketika ini, pasaran telefon pintar mengalami kemerosotan permintaan sebanyak 9% pada suku Jun dan IDC meramalkan penyusutan sebanyak 3.5% pada 2022.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY