Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KLIA Terminal 2 EV charging

KLIA Terminal 2 Bakal Tempatkan Stesen Pengecas EV Ultra Pantas Pertama Di Lapangan Terbang Malaysia

Diterbitkan Jun 11, 2026 ยท Dikemas kini Jun 11, 2026 oleh Amalina Athman

Stesen pengecasan ultra pantas kenderaan elektrik (EV) pertama di lapangan terbang di Malaysia bakal dibangunkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Memetik laporan Bernama, projek itu dilaksanakan menerusi kerjasama antara Huawei Technologies (Malaysia), Powerlink Asia dan GM Auto EV. Huawei akan bertindak sebagai penyedia teknologi, Powerlink Asia sebagai pemilik stesen, manakala GM Auto EV akan mengendalikan operasi kemudahan tersebut.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Lau Weng San berkata pada majlis pecah tanah projek itu bahawa inisiatif berkenaan menandakan permulaan kepada pembangunan lebih banyak kemudahan pengecasan EV di Selangor.

“Sekiranya projek ini terbukti mampan di Malaysia, Selangor dan Asia Tenggara, saya amat yakin bahawa model ini bukan sahaja dapat diperluas ke seluruh rantau Asia Tenggara, malah ke pelbagai bahagian dunia dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama Powerlink Asia Ethan Chen berkata projek berkenaan melibatkan pelaburan kira-kira HK$5 juta (sekitar RM2.7 juta) yang dibiayai sepenuhnya menerusi modal dari Hong Kong.

Stesen pengecasan itu akan dibina di kawasan parkir KLIA Terminal 2 dan dijadualkan mula beroperasi pada akhir Julai 2026. Ia bakal dilengkapi 12 titik pengecasan menggunakan pengecas DC ultra pantas Huawei FusionCharge dengan sistem penyejukan cecair serta sistem penyimpanan tenaga. Kemudahan tersebut juga akan dibuka kepada orang awam.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Selangor Sasar 4,000 Pengecas EV Menjelang 2030, Bakal Perkenal Bas Hidrogen Seawal Hujung 2026
  • UTM Bangunkan Stesen Pengecas EV Berkuasa Solar PV Sepenuhnya
  • ChargEV Pasang 32 Unit Pengecas EV Di Merdeka 118

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY