Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV, pengecas ev

Selangor Sasar 4,000 Pengecas EV Menjelang 2030, Bakal Perkenal Bas Hidrogen Seawal Hujung 2026

Diterbitkan April 29, 2026 oleh Amsyar Latif

Selangor menyasarkan pemasangan 4,000 unit pengecas kenderaan elektrik (EVCB) menjelang 2030 bagi memperkukuh ekosistem mobiliti mampan negeri, menurut laporan media Selangor.

EXCO Mobiliti, Ng Sze Han, memaklumkan bahawa 1,090 unit stesen pengecas kini beroperasi di bawah 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dengan MBSA (226 unit), MPKj (221 unit), dan MPSepang (183 unit) sebagai penyumbang utama.

Bagi mencapai sasaran ini, Kerajaan Negeri mewajibkan pemasangan infrastruktur pengecas EV sebagai syarat Kebenaran Merancang bagi pembangunan baharu selaras dengan garis panduan PLANMalaysia.

Worldwide Holdings Berhad (WHB) turut dilantik sebagai agensi penyelaras kepada Charging Point Operator (CPO) bagi memastikan pelaksanaan infrastruktur yang lebih teratur.

Selain tumpuan terhadap kenderaan elektrik, Selangor turut merancang penggunaan tenaga hidrogen bagi perkhidmatan bas Smart Selangor.

Ng memaklumkan bahawa projek bas hidrogen disasarkan bermula hujung tahun 2026, bergantung kepada kesiapsiagaan ekosistem termasuk kemudahan electrolyser dan stesen pengisian hidrogen yang dijangka siap tahun ini.

Kerajaan Negeri mengambil pendekatan berhati-hati dalam inisiatif hidrogen ini memandangkan kos penghasilannya yang tinggi, bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan mampan.

Berkaitan

  • Malaysia Sasar 10,000 Pengecas EV Siap Hujung 2025 — Termasuk Sabah Dan Sarawak
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • UK Kini Mempunyai Lebih Banyak Pengecas EV Awam Berbanding Stesen Minyak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY